adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Rabu, 11 Februari 2015

Istanbul, Aku Dah Tiba!

Sejurus selepas tiba di Istanbul, kami segera ke Mete Apartment yang telah ditempat awal oleh adik saya. Kadar sewa apartmen ini agak murah iaitu kira 150 Euro (lebih kurang RM 616) untuk 4 hari 3 malam memandangkan sekarang musim sejuk. Jadi, kami mendapat diskaun kira-kira 80% daripada kadar biasa. Aparmen ini diuruskan oleh U Can Travel. Unit yang kami dapat memang cukup selesa dan boleh memuatkan 7 orang. Ia dilengkapi dengan kemudahan memasak, pemanas, mesin basuh dan wifi.









Apartmen yang kami diami dekat dengan tarikan pelancongan utama Istanbul seperti Hagia Sofia, Blue Mosque, Hyprodrome dan Little Hagia Sofia. Jika ingin ke Grand Bazaar, Spice Market dan Yeni Mosque, jaringan pengangkutan awam juga mudah dicapai dari apartmen ini.


Little Hagia Sofia


Blue Mosque - Sultanahmet Camii


Blue Mosque - Sultanahmet Camii


Hagia Sofia


The German Fountain di Hipprodrome of Constantinople (Sultanahmet Meydani)

Letih berjalan disekitar kawasan ini kerana kawasan Istanbul adalah berbukit dan jalannya tidak rata. Jadi, bagi sesiapa yang ingin melawat Istanbul, pakailah kasut yang selesa. Tambahan pula, cuaca sejuk yang sedang melanda Istanbul sekarang memerlukan kasut yang benar-benar dapat memanaskan kaki. Di bawah ini adalah gambar-gambar laluan yang kami lalui saban hari. Memang memeritkan bagi yang punya kaki yang tidak cukup kuat untuk mendaki.




posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...