adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Selasa, 10 Februari 2015

Günaydın!!

Penatnya hari ni. Tepat jam 12.50 pagi Isnin lalu saya, mak, ayah dan seorang adik lelaki saya telah berlepas ke Istanbul. Akhirnya kami tiba di Istanbul pada jam 6.00 pagi tempatan iaitu kira-kira jam 12 tengahari di Malaysia setelah berada dalam penerbangan kira-kira hampir 12 jam. Allah saja yang tahu betapa penatnya tidur selama 12 jam dalam penerbangan. Setibanya kami di Lapangan Terbang Attartuk, Istanbul, Turki, dua adik saya yang lain juga baru tiba dari Mesir.



Cuaca di sini sangat sejuk iaitu kira-kira 3°C. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup dalam suasana mendung menambahkan kedinginan. Saya sendiri yang memakai tiga lapis baju dengan sehelai jaket musim sejuk masih terasa kedingan terutama di muka. Mujur perjalanan dari lapangan terbang banyak memerlukan pergerakan mengangkat beg dan juga bergerak dari stesen keretapi ke stesen yang lain daripada lapangan terbang ke hotel penginapan.



Pengangkutan awam di Istanbul agak cekap namun koc keretapi yang ada sentiasa penuh dengan penumpang. Tak banyak kereta dapat dilihat. Mungkin masyarakat Turki lebih gemar bergerak menggunakan perkhidmatan keretapi.







Selepas berehat seketika di apartmen penginapan, kami bergerak ke beberapa lokasi menarik. Saya akan kongsi dalam catatan yang lain sebab badan terlalu penat berjalan hampir 10 jam. Salam dari saya di Istanbul. Sekarang sedang bersedia untuk melelapkan mata jam 8.30 malam, 4.00 pagi waktu Malaysia. Patutlah mata ni mengantuk benar.
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...