adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Selasa, 17 Februari 2015

Marilah Menghabiskan Duit Di Grand Bazaar!!

Kami tiba di Otogar, Istanbul dari Bursa kira-kira jam 5 petang. Cuaca yang sejuk ditambah dengan badan yang penat membuatkan perut berasa sangat lapar. Tempat pertama kami tujui adalah restoran. Ada banyak restoran di sekitar terminal bas Otogar ini. Pilihan kami akhirnya pilihan yang terbaik yang menyediakan pelbagai makanan yang berbaloi harganya. Setelah kenyang kami terus menuju ke Grand Bazaar.



Grang Bazaar merupakan sebuah pusat perniagaan utama yang menempatkan kira-kira 4,000 kedai dengan hampir 60 jalan-jalan kecil. Bazaar ini merupakan pusat dagangan utama sejak tahun 1461 dan terowong-terowongnya menampilkan dua bangunan yang berkubah, yang pertama seumpanya dibina di antara tahun 1455 dan 1461 di atas arahan Sultan Mehmed the Conqueror. Bazaar ini diperbesarkan pada kurun ke 16 di bawah pemerintahan Sultan Suleiman the Magnificent, seterusnya ia diubahsuai secara besar besaran pada tahun 1894 berikutan daripada kejadian gempa bumi.




Kebanyakan kedai di bazaar ini menjual permaidani, seramik, tenunan sutera dan pelbagai fabrik, t-shirt dan pelbagai lagi barangan yang sesuai dijadikan cenderahati. Bagi yang ingin mencari t-shirt dan rantai kunci serta magnet, Grand :Bazaar adalah destinasi pilihan anda. Turkish Delight dan teh juga masih ada dijual di sini namun pilihannya agak terhad. Barangan yang dijual di sini sangat cantik tinggi nilai seninya terutamanya hasil seramik.







Seramik buatan Turki berada dalam kelas yang tersendiri dalam kesenian Islam. Warna-warna yang banyak gunakan dalam corak seramik adalah hitam, biru laut, unggu dan biru gelap. Selain daripada itu juga, lampu yang dihias cantik dengan mozek kaca dan manik-manik juga boleh dibeli di bazaar ini. Hasil kesenian ini memaparkan kepakaran orang-orang Turki.dalam teknologi pembuatan kaca sejak zaman Ottoman. Semua barangan kesenian Turki termasuk permaidani di sini cantik-cantik belaka tapi jangan tanya harga kecuali hendak membelinya. Kalau tanya harga terus rasa tak cantik sebab agak mahal harganya sepadan dengan kualitinya. Dengan kemampuan yang ada, saya hanya beli t-shirt untuk suami dan anak-anak, rantai kunci untuk rakan pejabat dan sedikit manisan Turkish Delight di sini. Bolehlah tu dari tak ada apa-apa langsung.
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...