adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Rabu, 20 Februari 2013

Kailanku... - Minggu 5


Sudah dua minggu kailan ini berada dalam kawasan kebun sejemput. Sebelum tahun baru cina saya telah baja kawasan ini dengan baja tahi ayam. Perkembangannya agak perlahan. Mungkin kerana minggu lalu cuaca agak terik dan kurang hujan. Minggu ini pula setiap hari hujan. Petang tadi agak mendung membolehkan saya membersihkan laman serba sedikit. Kalau orang lain sudah mampu tuai kailan pada usia lima minggu, kailan saya masih kecil. Memandangkan saya sudah tidak lagi menyemai benih baru, maka tumpuan dapat diberikan lebih kepada kawasan kebun sejemput ni. Agaknya kalau semuanya dalam keadaan baik, dapatlah saya menuai kailan pertama saya dalam dua atau tiga minggu lagi.
Published with Blogger-droid v2.0.10

2 ulasan:

  1. sy tanam kailan dlu pun lambat jugak, tapi bila masak, sedap gak rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya punya lambat benar tumbuhnya..nak post cerita pasal kailan pun dah malas...ceriat sama aje, ketot. rasa nak give up then tanam baru!

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...