adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Khamis, 30 April 2015

Rak Untuk Sudut Dapur

Saya memang dah serabut tengok satu sudut tepi dapur yang menempatkan macam-macam benda. Di sini ada diletakkan tangga, tong-tong sabun pencuci pakaian, pelembut pakaian, payung, kasut sukan, plastik pembungkus dari pasar raya, kotak simpanan benih, payung, bakul, besen dan seribu macam benda. Alif pula suka sangat selongkar tempat ini. Apa yang dicarinya pun tak diketahui. Kadang-kadang selipar dapur dan tong-tong sabun habis dibawa ke ruang tamu. 


Dek kerana sarat dengan barang-barang, kadangkala susah juga nak buka pintu dapur sebab sempit. Di bawah timbunan  barang-barang ni pun tak tahu lah apa yang ada. Kerap juga dikemaskan tapi agaknya kemas tak betul-betul susun barang yang ada. Yang tak perlu masih lagi disimpan buat harta karun.


Akhirnya kami beli satu rak yang praktikal. Setelah meninjau-ninjau beberapa kedai, kami beli rak ini pada harga kurang daripada RM150. Saya dah terlupa harganya sebenar sebab suami yang pergi beli berseorangan. Itu pun setelah mendapati harga di kedai lain lebih mahal dan ada pula yang perlu ditempah terlebih dahulu. Saya memilih rak jenis ini kerana saya mencari rak yang mudah dicuci, boleh menahan berat dan tiada pintu kerana barang-barang yang akan diletakkan di sini akan kerap digunakan. Jika ada pintu pasti cepat rosak sebab selalu dibuka tutup. Jadi, rak inilah pilihan hati. Rak ni mungkin tak stylish tapi cukup praktikal bagi saya.


Setelah hampir dua jam memunggah barang-barang keluar dari dapur, menyapu dan mengemop lantai, memasang rak seorang diri dengan seorang budak kecil menyibuk, susun semula barang dan buang mana yang tidak perlu, rak tersusun kemas dah siap. Saya puah hati. Sekarang ruang ini sudah sedikit luas dan kemas. 

Projek seterusnya adalah untuk mencari rak kasut yang ringkas untuk kasut-kasut bola suami. Ruang atas rak ini sudah ada barang lain untuk diletakkan. Kasut-kasut ini perlukan rak terbuka untuk memastikannya kering dan tidak berbau.

Rabu, 29 April 2015

Cara Hentikan Langganan Caller Ringtones/Tunes DiGi

Biasanya kalau ada orang yang telefon saya mesti ada yang komen fasal caller ringtone/tunes saya. Ada masanya saya dimaklumkan caller ringtone/tunes saya macam lagu di lobi hotel. Ada juga yang maklumkan kadangkala lagu Tamil dan kadangkala lagu Hindustan. Saya pun hairan sebab seingat saya tak pernah pula saya langgan caller ringtone/tunes

Sehinggalah pada suatu hari suami saya semak bil telefon yang selama ini tak pernah semak sebab malas nak semak online. Rupa-rupanya setiap bulan toyol warna kuning ambil duit saya RM3. Kalau setahun dah RM36. Kalau dua tahun dah RM72. Kalau lima tahun, RM180!. Kalau dah masuk GST mulai tahun ini boleh mendatangkan marah Mak Jemah ni. Saya dah jadi pelanggan sejak tahun 2001. Selama 14 tahun dah beratus terbang secara kasarnya. Ini tak boleh jadi!.

Maka saya pun mencari-cari caranya nak hentikan langganan dan akhirnya terjumpa. Saya rasa dulu mungkin langganan ini dibuat secara tidak sengaja masa promosi kemudian saya terlupa. Jadi, untuk hentikan langganan anda cuma perlu hantarkan CT OFF ke nombor 20000. Langganan akan dihentikan. InsyaAllah, toyol kuning tidak lagi ambil RM3 setiap bulan. Selamat mencuba!


Selasa, 28 April 2015

Bunga-Bunga Hujung Minggu


"The earth laughs in flowers."
Ralph Waldo Emerson

Rasanya jarang sekali ada hari yang tak hujan di Putrajaya sepanjang dua tiga bulan ini. Hujan akan turun setiap lewat petang kadang kala sehingga ke pagi. Sepanjang hari matahari akan bersinar. Disebabkan hujan, langit juga cerah. Dengan cuaca yang begitu baik dan pokok-pokok dibaja selang dua minggu, membuatkan pokok-pokok berbunga segar di laman rumah. Ada juga pokok-pokok yang gondol disebabkan kerakusan siput-siput babi yang rancak berkeliaran di laman di musim lembap ini. Banyak betul siput seolah-olah datang seekor kemudian di”helo”kan kawan-kawan yang lain supaya bertandang sama. Apa-apa pun, bunga-bunga yang kembang di taman hujung minggu lalu mengubat rasa kecewa pada siput-siput babi.

Bunga kertas putih

Bunga kertas merah jambu terang

Chocolate Swirl Coleus - pokok ati-ati

Purple Faux Feathers
Peach Beladona Amaryllis

Isnin, 27 April 2015

Kacang Botor Minggu Kedua dan Cerita Telefon

Seminggu tak ada apa-apa catatan daripada saya walaupun banyak juga perkara nak dikongsi. Pertama, sebab terlalu sibuk dengan mesyuarat bertali arus diselang-selikan dengan kursus dan majlis rasmi. Keduanya sebab telefon ada masalah sehingga perlu hantar ke kedai untuk dibaiki hampir seminggu. Dalam kesibukan itu yang memerlukan saya bergerak ke sana ke mari luar dari Putrajaya, saya bertawakal agar tiada apa-apa berlaku sebab dok terfikir jenuh juga nak cari telefon awam untuk hubungi suami. Nak bertemu janji dengan suami untuk ke kedai telefon pun siap-siap pesan sebelum masing-masing keluar rumah untuk tunggu depan kedai jam 1.30 petang. Macam zaman sebelum kahwin pula. Bila tak ada telefon, gambar pun tak dapat nak ambil. 

Tapi sayang seribu kali sayang, pusat servis tak sengaja ter’format’ telefon saya. Semua gambar hilang. Mujurlah sebahagian besar gambar ada dalam komputer sebab saya kerap pindah gambar ke komputer dari telefon. Cuma ada beberapa gambar sebelum telefon ada masalah tak sempat disimpan.

Ok, kita pergi kepada cerita di laman rumah. Beberapa minggu lepas saya ada semai selasih Thai, bok choy, kacang botor, lobak putih dan zinnia. Bok choy dan lobak putih memang sudah dijangka benihnya tidak lagi bernas sebab benih-benihnya saya terjumpa di dalam kotak benih lama. Sengaja cuba nasib. Selasih Thai dan zinnia pula cukup bernas sehinggakan hari kedua sudah mula bercambah. Dalam masa lebih kurang seminggu, benih zinnia dah mengeluarkan daun sebenar. Tapi saya terkilan kerana anak-anak benih zinnia telah dimakan dengan rakus oleh siput-siput babi yang bermaharajalela. Benih-benih zinnia tu sebenarnya disemai untuk dua kawan saya termasuk untuk diri sendiri juga. Kecewa sangat. Terpaksa semai semula. Tak apalah. Kira sedekah saya pada makhluk Allah jua. 

Anak benih kacang botor berusia dua minggu

Alhamdulillah, kacang botor telah bertunas setelah dua minggu disemai. Bermula Jumaat lalu, daun sebenarnya telah mula keluar. Pagi ini kelihatannya pasangan daun seterusnya telah mula kelihatan. Nampaknya agak cepat juga pertumbuhan kacang botor. Saya dah sediakan pasunya berserta pancang. Tapi rasanya pancang yang saya sediakan mungkin tak cukup kukuh kerana katanya pokok kacang botor agak berat. Saya juga sedang berkira-kira nak alihkan terus ke tanah. Sekarang ini ada dua anak benih. Mungkin satu ditanam dalam pasu manakala satu lagi ditanam di atas tanah. 

Ada sedikit rasa fobia pula nak alihkan anak pokok ke laman depan kerana dulu anak-anak timun saya mati diserang kumbang manakala anak-anak benih lain pula diserang siput babi.

Macam mana nak buat ya?

Ini pula beberapa anak pokok bawang putih yang tumbuh tak sengaja dalam tong kompos dan dialihkan ke pasu lain minggu lepas. Segar nampak gayanya. Harapnya kalau dibiarkan dapat menghasilkan beberapa labu bawang putih. Sebenarnya ada enam anak pokok tapi terlupa pula ambil gambar yang lain.

Empat ulas bawang putih yang dah bertunas dalam pasu pokok limau purut


Sabtu, 18 April 2015

Ayam Panggang Harissa


Selepas mencuba menggunakan pes harissa untuk memerap ketulan ikan dori, saya cuba pula menggunakan pes tersebut untuk masakan selain berasaskan ikan. Akhirnya saya terjumpa resipi iaitu Pan-Roasted Chicken with Harissa Chickpeas yang saya rasakan agak menarik dengan penggunaan kacang kuda atau juga dikenali sebagai “chickpeas” atau “garbanzo beans”. Tapi saya ubahsuai dengan menggunakan kacang panggang dalam sos tomato yang ditinkan. Rasanya sedap sekali dan baunya juga harum kerana resipi ini mempunyai pelbagai rempah. Ada cili, biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada hitam dan daun ketumbar. Saya masak hidangan ini untuk dimakan bersama roti puri untuk hidangan minum petang.

After trying using harissa paste to marinate dory fish chunks, I wanted to use the paste for non fish -based dishes. Finally, I came across to a recipe that is Pan - Roasted Chicken with Chickpeas Harissa which I feel quite interesting with the usage of chickpeas, also known as garbanzo beans. But I modified the recipe by using canned baked beans in tomato sauce. It tastes delicious and has fragrant aroma since this recipe has a variety of spices. There are chillies, coriander seeds, fennel seeds, cumin, black pepper and cilantro. I cooked this dish to be eaten with puree bread for teatime.


Bahan-bahan / Ingredients:
¼ ekor ayam, dipotong sederhana tidak dibuat kulit (kulit tidak dibuang untuk mengelakkan daging ayam menjadi kering) / ¼  chicken, cut into medium size chunks (skin intact to keep the flesh moist)
Seulas bawang bawang merah, dicincang / One shallot, minced
2 ulas bawang putih, dicincang / 2 garlic cloves, minced
Minyak untuk menumis / Some cooking oil
½ cawan air atau stok ayam / ½ cup water or chicken stock
1 tin kecil kacang panggang dalam sos tomato / 1 small canned baked beans in tomato sauce
Sesudu besar daun ketumbar, dihiris / 1 tbs coriander leaves, minced
Sesudu besar lada hitam, ditumbuk kasar / 1tbs crushed black peppercorn
Garam / Salt
Potongan lemon (saya tak ada stok lemon, jika ada lebih sedap) / Lemon wedges (I don't have it, it taste better serve with lemon)

Cara penyediaan / Preparation method :
Perasakan ayam dengan lada hitam dan garam. Panaskan minyak dan perangkan ayam sehingga bahagian luar ayam sedikit garing . Ketepikan ayam. Dalam minyak yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan lembut. Masukkan pes harissa dan kacang panggang, biarkan mereneh seketika. Masukkan stok ayam atau air dan ayam yang diperangkan serta daun ketumbar. Biarkan mereneh seketika dan tutup api. Masukkan ke dalam bekas untuk memanggang dan panggang pada suhu 180˚C selama lebih kurang 20 hingga 25 minit. Hidangkan dengan taburan daun ketumbar dan potongan lemon.

Season chicken with black black pepper and salt. Heat the oil and brown outer portion of chicken until the chicken skin in slightly crisp. Put aside the browned chicken. Using the same oil, fry the onion and garlic until fragrant and soft. Add on the harissa paste and baked beans, let simmer. Add in the chicken stock or water and browned chicken as well as cilantro. Let simmer for awhile and turn off the fire. Roast the chicken at 180˚C for about 20 to 25 minutes. Serve with a sprinkling of coriander leaves and lemon wedges.


Sedap rasanya, semerbak baunya. Dalam masakan ini saya gunakan daun ketumbar manakala untuk hiasan saya gunakan daun sup. Kedua-dua herba ini saya dapat dari kebun ayah saya cuma daun ketumbar dan tinggal setangkai sahaja. Sebab itulah daun sup jadi hiasan. Daun sup yang jadi hiasan masih rangup dan terasa kesegarannya.

Savory in taste , with fragrant smell. In this recipe, I use cilantro as one of the ingredients and parsley for garnishing . Both of these herbs I got from my father's garden but only a sprig of cilantro only left . That is why I have to use parsley as garnishing . Those parleys are so fresh, I can crunch the crispiness .

Jumaat, 17 April 2015

Glorious Rose on Thursday Morning - Gemilang Ros Di Pagi Khamis


Won't you come into the garden? 
I would like my roses to see you.
-Richard Brinsley Sheridan -




Subhanallah, cantiknya ciptaan Allah. Bunga ros saya kembang mekar sempurna disinari matahari pagi Khamis. Sebelum keluar rumah semalam sempat ambil gambar sepantas kilat. Mujurlah gambar yang terhasil cantik. Pemandangan indah sebegini tidak sama setiap kali bunga berkembang.

Praise is to God, God's creation is such a beauty. My rose blooms perfectly under morning sunlight. Before leaving the house yesterday, I had to snap picture of it in a hurry. Fortunately, the picture resulted gorgeously. Such beautiful scenery could not be captured the same every time it blooms.

Bunga ros batang berduri,
Petik mari dara jelita;
Kalau tuan sudikan kami,
Saya menunggu sepenuh mata.


posted from Bloggeroid

Khamis, 16 April 2015

Kenduri Daun Sup - Chinese Parsley Party

Gambar-gambar yang saya nak kongsi dalam catatan ini dah lama. Hampir dua minggu ia berada dalam memori telefon. Hari ini barulah terpanggil untuk dikongsi gambar yang ada.

These picture have been in my smartphone's memory for quite awhile. It has been two week. Only today I have the feeling to share them.


Ayah saya antara lainnya ada menanam daun sup. Kuantitinya adalah teramatlah banyak. Tak terkira banyaknya macam nak buah kenduri. Katanya untuk diberi pada orang. Biasanya memang ayah saya akan semai anak pokok banyak-banyak dah diberi kepada tetamu yang datang ke rumah sebagai buah tangan. Kadang-kadang makcik-makcik sebelah rumah datang minta sedikit daun sup untuk dibuat rencah masakan. Ada juga yang datang ambil sepasu terus dibawa balik ke rumah hasil pemberian ayah. Saya sendiri ayah pernah berikan sepasu untuk dibawa pulang ke Putrajaya.

My father, among others planted Chinese parsley as well. The amounts of them are quite a lot. I, myself couldn't figure how many of them. He said he would give them as giveaways. As usual, my father would sow quite a lot of seed and he would giveaway those plants for guests as presents. There are times where our neighbour would come to pick a few bunch for cooking ingredients. Occasionally, neighbours came to take a few pots of seedlings and bring home as my dad enjoy giving them as gift. I, myself have been given a few pots to take to our home in Putrajaya.


Kali ini ayah tawarkan juga beberapa pasu tapi saya ambil satu pokok daun sup sahaja yang ditanam dalam bekas minyak masak Saji. Dah sampai Putrajaya menyesal pula tak ambil banyak-banyak. Banyak-banyak nanti tak termakan macam tamak pula. Tak apalah. Lain kali ambil sepasu lagi. Yang dah ambil minggu lepas pun masih belum tuai.

This time around, my father offered me to take some pots but I took only one pot planted with parsley which the one in cooking oil container. Only after arriving Putrajaya I felt regret for not taking more. Nevertheless, it will such a waste if I take more than needed. Whatever. Next time, I will take more. So far, I yet harvest the one I have now.


Rabu, 15 April 2015

Ros Berbunga Lagi - Roses Are Coming Again

Sebelum ini saya ada tiga pasu pokok bunga ros yang mana dua daripadanya adalah ros mini. Tapi dek kerana kesengalan diri sendiri, kedua-dua pokok ros mini saya telah mati. Saya telah tanam ros jepun di dalam pasu yang sama sedangkan saya memang tahu ros tidak boleh berkongsi pasu dengan tanaman lain kerana akan mengganggu akarnya. Saya terima akibatnya.

Before this, I have three pots of roses which two of these are mini roses. However, my mini roses died because of my stupidity. I planted Japanese roses in the same pot whilst knowing that roses are not very keen with sharing concept since this will disrupt its root. I accept my fate.

Kudup-kudup bunga ros disimbahi sinar matahari pagi Isnin
Walaupun ros tinggal sepokok, pokok ros ini sangat rajin berbunga asalkan rajin disiram. Bunganya akan berwarna warna merah jambu terang apabila berbunga pada musim panas dan sebelum itu disiram setiap hari. Tetapi bunganya akan berwarna merah jambu pastel jika berbunga pada musim hujan yang pada kebanyakan harinya redup. Hujung minggu lalu, tiga kudup bunganya telah keluar.

Even though there is only one pot of rose left, this one produce flower quite often as long as you didn’t forget to water it. The flower will be in bright hot pink during hot season and watered regularly beforehand. The flower however will come out in pastel pink during wet season where most of the day is hardly sunny. In the recent weekend, three rose buds came out.

Ros dalam cahaya pagi Rabu
Hari ini sekuntum bunga telah mekar walaupun tidak besar. Kudup kedua juga mulai mengembang dan mungkin berkembang penuh lewat petang ini. Dalam sehari dua lagi mungkin kudup ketiga akan kembang pula. Selepas bunga pertama layu, ada baiknya dahannya dicantas agar pucuk baru dapat tumbuh lagi dengan harapan pucuk datang bersama kudup bunga baru.

Today, one the buds bloomed halfway. The second is starting to bloom and most probably fully bloom later this afternoon. In two or three days, the last one will bloom. Right after the first bloom starting to wilt, I will cut of the branch to allow more growth which I hope more flower buds coming out.

Kudup bunga ros dalam cahaya pagi Rabu

Selasa, 14 April 2015

Projek Gubahan Pasu Aloe Vera

Saya ada sepasu pokok aloe vera. Asalnya anak pokok dibawa dari rumah tok saya dengan saiz sebesar tapak tangan sejak tahun 2008. Masa tu saya baru kahwin. Untuk buat pokok aloe vera saya besar sebagai induk, saya buang anak-anak aloe vera yang tumbuh dengan meninggalkan hanya satu pokok di dalam pasu. Pokok yang satu itu membesar dengan sihat dengan pelepah yang besar tapi tidaklah sebesar aloe vera yang ditanam secara komersial untuk dibuat jus dan bahan kosmetik. Saya tak pasti pula jenis ini boleh dimakan atau tidak. Tidak tergamak pula untuk mencuba. Masa muda remaja dulu saya sering hancurkan isi aloe vera dan campurkan dengan gula serta oat untuk dijadikan scrub muka. Tapi sejak kahwin dah tak buat pula. Mungkin saya patut buat semula sekarang. Saya sayang sangat pokok aloe vera ini sampai tak tergamak nak potong pelepahnya.


Ahad lalu saya luangkan masa untuk buang rumput rumpai yang mendiami pasunya. Saya juga alihkan dua anak pokok ke pasu yang lain. Niat di hati nak tanam sepokok dua pokok aloe vera lagi untuk dijadikan induk. Setelah dibuang nampak kosong pula pasunya.

Memandangkan akar aloe vera tidak serabut memenuhi pasu, maka saya bercadang untuk menanam beberapa pokok hiasan lain ke dalam pasu yang sama. Bukan sahaja dapat menjadi gubahan bunga hidup yang cantik, malah dapat mengawal pertumbuhan rumput rumpai di dalam pasu aloe vera saya. Lagipun dapat menggunakan sepenuhnya ruang pasu daripada dibiarkan kosong saja. Antara gubahan pokok hiasan yang menarik perhatian saya adalah seperti dalam gambar ini dengan menggunakan pelbagai beberapa jenis pokok dalam pelbagai warna dan bentuk. Elemen yang perlu ada adalah latar belakang dengan pokok tinggi, pokok yang memberi ‘badan’ kepada gubahan dan pengisi ruang.

Credit To : Beneath The Magnolias

Jadi, inilah untuk versi saya. Saya gunakan aloe vera sebagai ‘badan’ gubahan saya. Akar aloe vera yang panjang tetapi tidak serabut memberi ruang di dalam pasu untuk pokok yang berubi. Jadi saya letakkan pokok ubi garut yang berdaun belang hijau putih sebagai latar. Saya juga tanam pokok amarillys merah dan keladi hiasan magenta juga sebagai latar dan penambah warna. Pokok spider plant yang kecil diletakkan di celah pelepah aloe vera sebagai pengisi ruang. Buat masa sekarang pasu ini kelihatan agak kosong. Mungkin dalam beberapa minggu akan nampak hasilnya bila pokok-pokok yang ditanam mula membiak dan membesar. Kita tunggu dan lihat sahaja hasilnya. Harapnya menjadi cubaan pertama saya ini.


Isnin, 13 April 2015

Menyemai Di Hujung Minggu

Minggu lepas tak banyak perkembangan berlaku pada kebun dan laman saya selain merumput sedikit sebanyak, membersihkan laman dan cantas beberapa pokok yang dah kemas bentuknya. Alhamdulillah hujan turun dengan lebat hampir setiap hari yang mana turut meringankan sedikit tugasan menyiram pokok walaupun tengah hari panas berdenting sampai pening kepala. Kerja-kerja di pejabat pun banyak dengan mesyuarat yang bertali arus. Semenjak kerusi bos kosong sejak tahun lalu, sayalah yang jadi ‘bos’ untuk diri sendiri dan rakan sekerja. Walaupun agak terbeban dengan tanggungjawab yang lebih besar, tapi nampaknya saya lebih banyak belajar perkara baru yang sesungguhnya memang banyak membantu meringankan kerja. Bila tak ada bos ni, kepala lebih ligat berputar sebab pencapaian seksyen dah menjadi tanggungjawab saya sebagai pelaksana dan pengurus. 

Petang-petang bila tengok pokok-pokok dalam pasu segar bugar, barulah terang sikit mata yang kelabu menghadap komputer sepanjang hari. Banyak sangat kerja sampai tak tau nak mula dari mana. Nak masukkan catatan baru dalam blog pun dah siap-siap draf tengah malam kemudian buat auto-publish. Kalau tak letak nanti basi pula cerita.

Hujung minggu ni agak lapang sedikit sebab hari Sabtu dah all-out kemas rumah. Nak buat bekal untuk Projek Lunchbox pula tak ada idea. Lagipun minggu ni mesyuarat kebanyakan hari waktu tengah hari dah kena keluar dari pejabat, jadi tak sempat nak makan (sebenarnya lebih kepada malas nak masak hehehe). Masa yang lapang tu digunakan untuk menyemai beberapa benih yang ada di rumah. Saya semai kacang botor, zinnia campuran, selasih Thai, bok choy  dan lobak putih. Benih kacang botor tu sebenarnya dah disemai hari Rabu tapi dimakan semut pula, jadi perlu disemai semula. Zinnia dan selasih Thai tu pula saya ambil benih dari rumah ayah manakala lobak putih dan bok choi  adalah baki dari tanaman dahulu. Saya mulakan dengan benih-benih yang mudah dijaga sebagai kick-start untuk bulan ini.

Semaian zinnia, lobak putih, kacang botor dan selasih Thai. Semaian bok choy tidak kelihatan.

Nampaknya benih zinnia yang saya dapat dari ayah memang bernas kerana hari kedua sudah tumbuh tunasnya. Pagi ini nampak tunasnya sudah hampir keluar dari kelongsong benih. Mungkin dalam minggu ini pastinya daun pertama sudah keluar. Selain disemai di dalam pasu kecil ini, saya juga ada semai zinnia terus di atas batas di belakang rumah. Harapnya benih-benihnya selamat sebab semalam hujan turun dengan lebat disertai guruh. Benih selasih Thai, bok choy, lobak putih dan kacang botor mungkin mengambil sedikit masa. Saya rasa benih kacang botor mengambil masa lebih sedikit dan mungkin bok choy serta lobak putih akan mula bertunas dalam sehari dua lagi. 

Semaian benih zinnia telah bertunas pada hari kedua selepas disemai.

Jumaat, 10 April 2015

Bila Dahan Mulberi Dilenturkan

Sejak kali terakhir mulberi saya berbuah dengan lebat, tiada lagi putik buah yang muncul walaupun telah hampir togel pokok dipangkas berulang kali. Dahan tumbuh bersilih ganti dengan daun yang lebat umpama pokok sudah naik mabuk daun. Baja juga sudah diletakkan namun masih belum berputik. Setelah dikaji, saya cuba-cuba cara yang saya jumpa di Internet berdasarkan pengalaman orang.




Tiga minggu lalu, saya pun mula membuang daun-daun mulberi pada salah satu pokok yang mempunyai dahan yang sudah agak meninggi. Setelah dibuang daun, saya melenturkan dahan itu dan ikat hujung dahan dengan menggunakan dawai lembut ke pangkal pokok. Dua minggu kemudian saya letakkan baja dan siram setiap hari. Pokok diletakkan di kawasan yang terkena cahaya matahari penuh sepanjang hari.




Awal minggu ini sudah kelihatan putik daun mulai keluar. Akhirnya semalam jelaslah memang ada beberapa putik buah turut kelihatan. Dari beberapa mata tunas yang berpotensi, hanya ada tiga mata tunas yang mengeluarkan dahan. Nampaknya dengan cara ini pokok tak perlu dicantas untuk mendapatkan dahan baru. Apa yang perlu dibuat hanyalah buang daunnya dan lenturkan dahannya. Dalam percubaan akan datang, saya akan cuba buang daunnya sahaja tanpa melenturkan dahan. Jika berjaya, maka salah satu faktor pengeluaran dahan baru adalah mungkin disebabkan daunnya dibuang.




Sekarang ini tumpuan saya adalah untuk memastikan pokok disiram setiap hari dan dibaja pada setiap dua minggu. Minggu ini nampaknya pokok perlu dibaja untuk memberi makanan tambahan kepada pokok dalam menghasilkan buah yang baik. Petang semalam juga saya mengambil kesempatan membuat kaedah yang sama pada pokok-pokok mulberi saya yang lain. Harapnya dapatlah hasil buah mulberi yang lebih kali ini dengan usaha saya ini.
posted from Bloggeroid

Selasa, 7 April 2015

Kobis Yang Ayah Tanam

Ayah dah beberapa kali tanam kobis dengan jayanya. Semua dah selamat masuk dalam perut. Tapi saya belum pernah sempat merasa. Katanya manis sangat isinya. Kali ini ayah tanam sekali lagi kobis. Seperti biasa, benih yang ayah tanam datang dari kedai aja. Tiada jenama atau pembekal yang tertentu. Menurut ayah, kobis perlukan baja dan perlu kerap disiram walaupun hari hujan untuk bantu ia membesar.



Ayah gunakan baja yang dikenali oleh ramai orang dengan panggilan baja kopi. Ayah tetap siram pokok kobisnya walaupun hari hujan sebab pangkal pokok tetap kering kerana terlindung dek daunnya. Siramannya tidak terlalu banyak kerana boleh sebabkan akarnya reput. Tanaman kobis ayah biasanya diletakkan di kawasan yang terkena cahaya matahari penuh sepanjang hari tanpa teduhan. Ayah lebih suka tanam kobis di dalam pasu kerana lebih senang untuk mengawal rumpai kerana rumpai suka pada khasiat baja. Ini boleh menyebabkan pertumbuhan kobis terbantut.



Sekian saja kelas penanam kobis dari ayah saya pada satu petang Ahad yang indah.
posted from Bloggeroid

Ahad, 5 April 2015

Amaryllis Merah Menyala

Dalam tiga tahun lepas, saya ada membeli beberapa bebawang amaryllis di Cameron Highlands. Bebawang itu sebahagian diberikan kepada ayah. Setelah menghampiri tiga tahun, amaryllis saya tak pernah berbunga. Cuma tahun lepas kudup bunganya ada keluar sebatang namun bunganya tak sempat kembang. Ayah punya pula sempat berbunga dua kali iaitu pada musim banjir tahun lepas dan juga pada minggu ini.



Cantik warna merahnya terserlah di sebalik.daun-daun keladi warna merah jambu. Tahun lepas bunganya kembang dari pasu yang ini juga. Rumpun bebawang yang dalam pasu yang lain masih belum berbunga. Warna merahnya lebih cantik menyerlah selepas hujan turun petang semalam.




posted from Bloggeroid

Sabtu, 4 April 2015

Sedozen Gambar Kemeriahan Zinnia

Semalam malam dah sampai di rumah mak. Sampai dah agak lewat dan terus masuk tidur tanpa melihat kiri kanan laman rumah. Ye lah, nak tengok apa tengah malam buta. Pagi ini keluar jalan-jalan di laman rumah bawa Alif ambil angin. Teruja betul tengok kemeriahan bunga zinnia yang ayah tanam seminggu dua sebelum kami ke Istanbul. Setelah hampir dua bulan, inilah hasilnya. Meriah sungguh. Haruslah bawa balik benih ke Putrajaya.
























posted from Bloggeroid

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...