adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Selasa, 14 April 2015

Projek Gubahan Pasu Aloe Vera

Saya ada sepasu pokok aloe vera. Asalnya anak pokok dibawa dari rumah tok saya dengan saiz sebesar tapak tangan sejak tahun 2008. Masa tu saya baru kahwin. Untuk buat pokok aloe vera saya besar sebagai induk, saya buang anak-anak aloe vera yang tumbuh dengan meninggalkan hanya satu pokok di dalam pasu. Pokok yang satu itu membesar dengan sihat dengan pelepah yang besar tapi tidaklah sebesar aloe vera yang ditanam secara komersial untuk dibuat jus dan bahan kosmetik. Saya tak pasti pula jenis ini boleh dimakan atau tidak. Tidak tergamak pula untuk mencuba. Masa muda remaja dulu saya sering hancurkan isi aloe vera dan campurkan dengan gula serta oat untuk dijadikan scrub muka. Tapi sejak kahwin dah tak buat pula. Mungkin saya patut buat semula sekarang. Saya sayang sangat pokok aloe vera ini sampai tak tergamak nak potong pelepahnya.


Ahad lalu saya luangkan masa untuk buang rumput rumpai yang mendiami pasunya. Saya juga alihkan dua anak pokok ke pasu yang lain. Niat di hati nak tanam sepokok dua pokok aloe vera lagi untuk dijadikan induk. Setelah dibuang nampak kosong pula pasunya.

Memandangkan akar aloe vera tidak serabut memenuhi pasu, maka saya bercadang untuk menanam beberapa pokok hiasan lain ke dalam pasu yang sama. Bukan sahaja dapat menjadi gubahan bunga hidup yang cantik, malah dapat mengawal pertumbuhan rumput rumpai di dalam pasu aloe vera saya. Lagipun dapat menggunakan sepenuhnya ruang pasu daripada dibiarkan kosong saja. Antara gubahan pokok hiasan yang menarik perhatian saya adalah seperti dalam gambar ini dengan menggunakan pelbagai beberapa jenis pokok dalam pelbagai warna dan bentuk. Elemen yang perlu ada adalah latar belakang dengan pokok tinggi, pokok yang memberi ‘badan’ kepada gubahan dan pengisi ruang.

Credit To : Beneath The Magnolias

Jadi, inilah untuk versi saya. Saya gunakan aloe vera sebagai ‘badan’ gubahan saya. Akar aloe vera yang panjang tetapi tidak serabut memberi ruang di dalam pasu untuk pokok yang berubi. Jadi saya letakkan pokok ubi garut yang berdaun belang hijau putih sebagai latar. Saya juga tanam pokok amarillys merah dan keladi hiasan magenta juga sebagai latar dan penambah warna. Pokok spider plant yang kecil diletakkan di celah pelepah aloe vera sebagai pengisi ruang. Buat masa sekarang pasu ini kelihatan agak kosong. Mungkin dalam beberapa minggu akan nampak hasilnya bila pokok-pokok yang ditanam mula membiak dan membesar. Kita tunggu dan lihat sahaja hasilnya. Harapnya menjadi cubaan pertama saya ini.


ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...