Benih bayam merah ni senasib dengan sawi dan bendi. Agaknya jarum peniti lagi besar dari batang benih bayam saya ni. Kalau ikutkan hati, mahu saja saya buang benih ni dan semai yang baru menggunakan tanah yang lebih baik dari segi nilai nutriennya. Tapi rugi pula rasanya. Lantas dua hari lepas saya gaul dua pasu kecil tanah dengan baja tahi ayam. Saya alihkan sebahagian benih tersebut ke dalam dua pasu kecil tu. Saya dah kekurangan pasu semaian untuk alihkan semua benih ni.
Selepas dua hari, saya lihat salah satu benih sudah tumbuh daun ketiga. Walau bagaimanapun, masih belum ada yang tumbuh daun sebenar. Kita tunggu perkembangannya dalam seminggu ni. Saya masih mencongak waktu bila boleh pergi membeli-belah pasu semaian yang baru.
posted from Bloggeroid
Salam wanie,
BalasPadamBayam mmg kurus melidi masa mula2 semai...nanti lama dia akan membesar cepat dan gemuk. :)
Salam ibu qistina,
PadamIngatkan benih bayam saya kurang khasiat sebab tu halus sgt hehe
wanie...cuba lah buat mcm kak mar di blog suka-suka..pakai paper untuk semaian..jd tak perlu beli pasu semaian tu...jimat masa, space dan wang juga..:D
BalasPadamSebelum ni saya ada buat pasu kertas tp cepat hancur sementara tunggu besar. Lgpun anak2 suka koyakkan pasu da siap. Suami pun bising bersepah...jd beli ajela senang hehe
Padam