adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Selasa, 18 Disember 2012

Sawi hijau - Minggu 2


Anak-anak sawi ni dah berumur lebih kurang dua minggu. Kalau dibandingkan dengan anak-anak sawi blogger lain yang seusianya, perkembangan anak-anak sawi ini agak lambat. Mungkin sepatutnya saiznya sudah mencecah satu inci. Anak-anak sawi saya baru mula menampakkan daun-daun sebenarnya. Saya agak anak-anak sawi mengalami masalah yang sama dengan benih tomato saya. Saya gunakan medium semaian yang sama. Saya yakin tanah semaian tersebut kurang nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan benih. Lain kali saya akan gaul dengan baja organik sebelum semaian dibuat. Ini sebagaimana petua dari Encik Iskandar dalam mendapatkan benih yang subur. Semalam saya ada taburkan satu sudu teh baja organik dalam pasu semaian sawi ini. Kita tengoklah perkembangannya dalam seminggu. Harap-harap perkembangannya positif dan dapat menjadi pembakar semangat untuk saya terus berkebun.

posted from Bloggeroid

7 ulasan:

  1. salam wanie,
    elok je tersusun cambahan sawi ni...kalau sy punya mesti berselerak....wanie ada lindung dgn jaring tak sawi ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salan nadia.ooh..ni cambahan lepas dialih ke pasu besar. Sebelum ni berselirat akarnya sebab terlalu rapat. Saya tak lindung tapi pasunya di bawah kawasan teduhan. Pagi2 kena matahari smpai petang tapi x terik. Hujan pun kena tempias saja...nak bawa keluar x berani lagi takur lecur kena panas. Kalau hujan takut patah hehe

      Padam
    2. hehehhe ptt la tersusun indah...:p
      betul dah tu cara awk..cuma kalau byk serangga area umah tu..baik taruk jaring..nanti abis botak dikerjakan diorg tu..bkn reti nak mkn sikit2

      Padam
  2. Salam wani,

    Kuatkan semangat dan jangan putus asa tau. Lepas ni boleh la main masak2 pulak lepas puas menanam. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ibu qistina,
      Terima kasih. Harap2 sempatla saya merasa tuaian sebelum bersalin hehe lebih manis kalau berpantang makan sawi tanam sendiri hehe

      Padam
  3. salam.. sawi akak yg cantik subur sepokok je he he..susuan macam kat wani tu dah akak pindah ke pasu suratkhabar semula..macam siput nak besar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kak. Nampaknya kena cubala lagi akak ye :)

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...