Setelah beberapa hari tak menjenguk keadaan pokok-pokok tanaman hiasan di rumah, tergerak hati nak membelek pokok ros yang dah hampir dua minggu tak dibelek. Keluar je dari pintu kereta bila balik dari pejabat, terus perasan ada satu kuntum bunga baru menjadi dari pokok bunga ros dalam pasu kecil. Teruja sungguh. Memandangkan hari dah agak petang, maka niat nak belek-belek lagi terpaksa ditangguhkan. Tambahan pula, kalau ambil gambar waktu senja mesti gambar kurang jelas. Tunggu saja pagi esoknya.
Pagi ni sebelum pergi kerja, sempat membelek pokok ros dalam pasu kecil. Nampak dah membesar sedikit dari hari semalam. Warna merah kudupnya dah kelihatan. Seingat saya warna bunganya ungu muda waktu dibeli. Mungkin kali ni dia berbunga dengan warna yang lebih terang sebab penuh dengan kasih sayang. Bila dibelek-belek pokok dalam pasu besar, kelihatan ada kudup juga yang baru muncul. Warnanya merah jambu terang juga. Harap-harap dalam tempoh dua tiga hari ni bertambah lagi kudupnya. Barula meriah.
Sejak dialih ke pasu besar, saya tak pernah siram melainkan semasa pokok-pokok ni berada di bawah teduhan selepas dialihkan. Hujan setiap hari dah bekalkan bekalan air yang cukup. Kalau di siram lagi takut busuk pula akarnya. Keputusan saya letakkan di tempat yang kena cahaya matahari penuh nampaknya tepat. Bila da banyak kena cahaya matahari, daun pun giatla menghasilkan makanan untuk pokok. Minggu lepas saya ada taburkan baja tahi ayam. Mungkin sebab itulah juga pokok-pokok ros ni nampak sihat sejak akhir-akhir ini. Hujung minggu lepas pun saya ada letak kulit pisang dalam pasunya. Katanya kulit pisang bagus sebagai baja untuk pokok-pokok yang mengeluarkan bunga. Ia membekalkan potassium untuk pertumbuhan pokok.
Tak sabar sungguh nak tengok hasilnya. Kali pertama tanam bunga ros adalah sewaktu baru kahwin. Hidup sekejap aje kemudian mati. Kalau kali ini berjaya, mungkin akan tambah lagi koleksi ros pelbagai warna.
posted from Bloggeroid
tak minat sangat dengan bunga ni.. mungkin sebab lelaki kot.. lagi satu sebab nak jage bunga ni bukan senang.. huu
BalasPadam