adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Rabu, 12 Disember 2012

Perubahan


Jika ada sesiapa yang mengikuti catatan blog saya selama ini mungkin terkejut dengan catatan saya pada hari ini. Ini kerana, semua catatan saya sebelum adalah dalam Bahasa Inggeris. Bukan kerana saya terbiasa menggunakan bahasa itu. Tetapi dengan menulis dengan Bahasa Inggeris, saya berharap agar dapat mengasah kemahiran dalam bahasa itu yang mana sekarang agak tumpul. Atau boleh juga dikatakan berkarat. Dalam pada itu, saya juga berharap agar dapat kumpul kawan-kawan dari luar negara yang punya minat yang sama khususnya dalam berkebun.
Namun, sejak akhir-akhir ini, saya dapati rakan-rakan blogger yang minat berkebun di dalam negara pun tak kurang hebatnya. Jadi, saya rasa lebih senang berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dalam catatan saya akan datang. Mungkin dengan cara ini saya akan dapat lebih rakan yang sudi berkongsi pengalaman masing-masing.
Tambahan pula, agak sukar untuk  dapatkan maklumat tentang berkebun di rumah dalam Bahasa Malaysia. Kalau ada maklumat dalam Bahasa Inggeris pun tak dapat digunakan sepenuhnya maklumat tersebut dengan keadaan kita berkebun dalam cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia.
Mungkin ada yang mendapati cara penulisan saya agak formal. Mungkin juga disebabkan tuntutan kerja saya yang banyak menulis hal-hal rasmi. Saya akan cuba menulis dengan gaya santai supaya semua orang selesa membaca catatan saya.

2 ulasan:

  1. salam ..
    sy awalnya tulis dlm english jgk wpun tunggang langgang ...namun setelah dpt audience yg mostly dr tanahair ...sy realised yg diorng lebih snang berbhs ibunda...nak dpt kwn2 ramai kena rajin follow mem follow, berblog walking dan rajin2 komen kat blog orng...namun sy finally realised seronok juga berkwn dgn blogger..taklah sunyi sgt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul ummu. sy tengok statistik blog sy wpun x ramai tp ada yang datang tp x dpt feedback ape2...sdgkan niat sy nak berkongsi pengalaman dan ilmu. harap-harap x sunyila lagi. nak bersosial sgt di alam realiti masing-masing sibuk. sembang dengan jiran pun seminggu sekali je hehe

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...