adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Rabu, 19 Disember 2012

Budi Pokok Daun Sup Nan Sepasu



“Where there is love, there is life”
Mohandas Gandhi

Pokok daun sup nan sepasu ni dah banyak budinya kepada keluarga kecil kami. Menu wajib suami saya setiap minggu mesti ayam masak kicap. Sedap sangat ke ayam masak kicap saya sampai tiap minggu wajib ada. Sedangkan dalam seminggu tak sampai sebelah tangan pun saya memasak makan malam. Setiap kali masak ayam masak kicap, saya akan ambil dua batang daun sup buat rencah penyedap rasa. Buat sup pun senang sekarang. Tak payah susah-sasah beli daun sup dan sedapkan resepi. Kadangkala membelinya tak boleh sedikit, sedangkan nak guna sedikit saja. Sudahnya membazir yang lebih.

Pokok ni bukan saya yang tanam. Pasunya pun bukan saya yang beli. Ayah saya yang tanam dari benih. Bila umurnya kira-kira hampir dua bulan, saya bodek ayah saya minta sepasu. Saya kira ada dekat 20 pasu ayah saya tanam. Ayah saya suruh ambil pasu yang paling cantik. Saya dengan gembira terus angkut masuk dalam kereta.
Masa kenduri aqiqah Ahmad waktu Aidiladha, ramai makcik-makcik memuji kesuburan pokok-pokok daun sup ayah yang ayah baru semai dalam beberapa polibeg. Itu semaian pusingan kedua. Ayah pun dengan gembira bagi tiap-tiap makcik yang memuji satu polibeg seorang. Pakcik-pakcik pun geleng kepala sebab terpaksa angkut polibeg pokok daun sup dengan motor sambil makcik tersenyum gembira di belakang.

Panjang juga umur pokok daun sup dengan saya. Saya tak pernah baja melainkan pada minggu lepas bila saya tengok daunnya makin kurang dan makin banyak yang kuning. Saya baja sedikit dengan baja tahi ayam. Ayah saya terkejut pokok daun sup saya masih hidup sedangkan dia punya semua sudah mati kering. Saya letakkan pasu saya bawah teduhan tapi masih terima cahaya matahari dari pagi hingga petang namun tak terik. Siram pun jarang sekali sebab kalau terlebih siram nanti busuk pula akarnya. 

Saya agak pokok ni dah berumur lebih dari enam bulan. Walaupun batangnya agak kurus berbanding daun sup yang dijual di pasar, rasanya tetap tak berubah. Yang penting, pokok daun sup saya InsyaAllah bebas bahan kimia. 

Ini catatan saya tentang laman rumah ayah saya yang penuh dengan tanam,Oldman's greenyard .


posted from Bloggeroid

4 ulasan:

  1. sukanya wanie..menjadi daun sup ni..sy dah 4-5 kali semai batang sup yg dibeli dr pasar tapi tak hidup...kena cari biji benih la gini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah nadia. Saya pun da byk kalu cuba tanam akar yang dibeli dari pasar. Bile diremdam aje mesti busuk akarnya. Walau pun x smpai semalamam. Kalau yang ini mati...boleh mati kutu rasanya haha

      Padam
  2. Saya dulu ada pernah tanam dari keratan pokok daun sup lepas tu mati sbb terlebih siram...semai benih campur2 sampai tak tau mana ketumbar dan sup. Nak semai balik la macam ni...tgk kawan2 menyemai geram pulak rasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya belum pernah cuba semai daun sup dari benih tp ketumbar pernahla. Bila sebesar satu inci mati benihnya sebab malas nak siram. Pokok-pokok jenis ni perlu sentiasa lembap rasanya tp tidakla sehingga basah terlebih siram. Harap2 lepas ni menjadila semaian ibu qistina ye...

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...