adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Jumaat, 28 Disember 2012

Kesum - Antara Dua Darjat


Nampak tak apa yang saya cuba tunjuk ni? Ini bukan semak samun walaupun belakang tu memang agak semak sikit. Ini adalah sepasu besar daun kesum yang ayah saya tanam. Subur betul pokoknya. Batang dan daunnya besar-besar. Ayah saya biasa baja tanamannya dengan baja organik berbentuk bintil-bintil kecil berwarna hitam. Ayah saya gelarkannya baja biji kopi. Baja jenis ini biasa dijual di nurseri. Tetapi saya tak pernah membelinya. Habis saja stok baja di rumah nanti, saya akan dapatkan satu pek.
Pokok daun kesum ni memerlukan kawasan yang lembab dan teduh untuk tumbuh subur. Ayah saya letakkan pasunya di bawah teduhan dan rajin juga disiram. Tetapi sekarang kurang menyiram sebab musim hujan. Kalau diletakkan dikawasan panas, pokoknya kurang subur menghasilkan daun yang kecil dan lecur lantas mati.

Kalau dibandingkan pokok daun kesum ini dengan yang saya baru tanam minggu lepas, ibarat enggang dengan pipit. Betul-betul jauh panggang dari api. Umpama antara dua darjat. Dulu, pokok kesum yang saya tanam pernah agak subur tapi tak sesubur pokok kesum ayah saya. Gara-gara balik kampung agak lama, pokok itu mati kekeringan. Pokok kesum juga perlu rajin dibaja. Saya biasanya buang serdak teh ke dalam pasu pokok kesum untuk bantu kekalkan kelembapan tanahnya. Kali ni saya nak tanam beberapa pasu lagi. Untuk dibuat stok supaya senang nak masak asam pedas dan laksa atau rencah nasi kerabu!


posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. Elok jugak tanam banyak2 kesum nie kan kalau rajin buat asam pedas.. sy nak tanam jgk tapi ssh nak dpt

    BalasPadam
    Balasan
    1. yela ummu, daun kesum ni kena tanam segar-segar baru tumbuh. kalau kering memang tak boleh hidup...tak pasti pula boleh tak kalau ditanam melalui biji benih kering. bunganya pun da halus..mesti benihnya halus juga

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...