Saya bukan hendak cubit sesiapa yang bernama 'Ros' kali ni. Tetapi saya nak 'pinching' pokok-pokok ros saya. Menerusi pembacaan beberapa sumber, saya difahamkan bahawa teknik 'pinching' boleh menggalakkan munculnya pucuk-pucuk baru bagi pokok ros. Ini seterusnya akan menggiatkan pertumbuhan kudup-kudup bunga yang baru dan sekaligus mampu memberi bentuk yang rimbun pada pokok ros. Teknik ini perlu dilakukan ketika kudup bunga yang pertama telah mula dibentuk. Tetapi tidak pada permulaan pembentukan kudup pertama. Ini bagi memastikan kitaran pembentukan bunga terus berlaku. Sekiranya dibuat terlalu awal, maka pokok akan menerima isyarat yang salah dan kitaran baru perlu bermula.
Teknik ini akan memberikan isyarat kepada akar untuk terus membekalkan nutrisi kepada pokok supaya menghasilkan lebih daun untuk menghasilkan makanan. Di samping itu juga, batang pokok akan menjadi lebih cepat matang. Teknik ini perlu dibuat kepada pucuk pokok yabg telah mempunyai sekurang-kurangnya 5 helai daun. Buang daun yang kedua terakhir dengan menggunakan jari. Laksanakan teknik ini dalam tiga kitaran. Tetapi lakukannya dengan bersederhana supaya tidak memberi tekanan kepada pokok.
Petang tadi saya telah melaksanakan teknik ini ke atas pokok-pokok ros saya.
Inilah pucuk-pucuk yang telah dibuang. Saya bercadang untuk pangkas pokok-pokok ini secara besar-besaran untuk pastikan ianya rimbun dengan cantik bila ianya selesai berbunga.
Itu sajalah hasil kesimpulan dari pembacaan saya dalam penjagaan ros. Harap-harap saya telah laksanakn teknik itu dengan tepat. Tak sabar tunggu pokok-pokok ros ni merimbun dengan cantik.
posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan