adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Rabu, 12 Disember 2012

Benih tomato - Minggu 4

Selepas makan malam semalam, saya sempat jenguk benih-benih tomato saya yang mana minggu ni dah mencecah empat minggu umurnya. Tapi gambar-gambar diambil pagi tadi sebelum ke pejabat. Kalau diikutkan rasa-rasanya perkembangannya agak lambat berbanding dengan apa yang saya dah tonton dalam video demostrasi menamam benih melalui YouTube. Apapun kelihatan semua benih dalam keadaan sihat.

Namun begitu, saya lihat anak benih di dalam pasu kongsi lebih sihat berbanding dengan anak-anak benih dalam pasu persendirian. Saya rasa antara faktornya adalah disebabkan medium tanaman yang berbeza. Anak benih di dalam pasu persendirian mengunakan sepenuhnya medium tanaman yang dibeli dari pasaraya. Manakala untuk tanah untuk pasu kongsi menggunakan tanah campur dari nurseri. Nampaknya lain kali saya kena ubah medium semaian menggunakan tanah campur dari nurseri. Betul seperti kata Encik Iskandar dalam satu artikelnya. Tapi saya dah tak  jumpa mana artikel yang meneybut tentang tanah untuk medium semaian.


Salah satu anak pokok dalam pasu persendirian telah menunjukkan tanda-tanda pengukuhan sistem akarnya. Akar-akar halus berwarna putih jelas kelihatan di permukaan medium tanaman. Kalau di belek di bawah pasu, ada sebahagian akar da terkeluar dari lubang di bawah pasu.

Saya juga perasan tanah di dalam pasu kongsi agak lembap. Manakala tanah dalam pasu persendirian terlalu basah. Mungkin disebabkan kedudukan pasu-pasu persendirian yang agak terdedah dan tempias dari hujan lebat membasahkan medium tanaman. Saya pindahkan ke belakang sedikit namun masih mampu memberikan cahaya matahari untuk anak-anak benih tersebut. Saya bimbang anak-anak pokok ini akan mati akibat terlalu banyak kandungan air dalam medium tanaman.

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...