adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Isnin, 22 April 2013

Apa Terjadi Minggu Lepas...


Sudah agak lama saya tidak menulis sebarang catatan. Saya belum bersalin namun masanya boleh dikatakan bila-bila masa sahaj. Sekarang agak sibuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat agar tidak banyak kerja ditinggalkan untuk rakan sekerja dan anak buah. Kerja-kerja yang ditinggalkan tinggal untuk disusulkan saja pelaksanaannya agar bos tidak pening kepala. Di rumah pula, keadaan sentiasa dalam keadaan bersedia. Bimbang tanda-tanda kritikal bersalin muncul di rumah. Jauh di sudut hati saya, sebolehnya saya mahu tanda-tanda itu muncul tatkala saya di pejabat ketika anak-anak berada di bawah jagaan taska agar suami saya senang menguruskan saya. Saya juga lebih selesa emak datang pada waktu siang daripada menempuh perjalanan selama dua jam pada waktu malam. Emak saya masih bekerja. Jadi kalau kejadiannya berlaku waktu pagi, dapatlah emak datang sekurang-kurang hari masih siang dan ketuanya pasti tidak kisah jika kerja-kerja emak di pejabat selesai pada waktu pagi. Apa pun, kita hanya merancang, Allah juga menentukan.

Sebenarnya, minggu lalu saya telah dimasukkan ke wad selama satu hari satu malam. Malam sebelumnya, saya telah mengalami cirit-birit dan muntah-muntah selama 2 jam dari jam 3 pagi hingga hampir 5 pagi. Namun sakit perut saya berlanjutan sehingga jam 7 pagi. Sakitnya seolah seperti sakit bersalin. Saya hubungi klinik jam 8 pagi dan jururawat nasihatkan saya terus ke dewan bersalin. Hasil pemeriksaan doktor mendapati adanya kontraksi pramatang (kandungan saya 35 minggu 6 hari pada waktu itu) dan memaklumkan saya perlu ditahan di wad untuk pemerhatian. Saya disuntik ubat mematangkan paru-paru bayi kerana terdapat kemungkinan saya akan melahirkan walaupun laluan masih belum terbuka. Saya redha namun airmata turun juga kerana risaukan suami dan anak-anak. Suami hanya ketawa melihat saya menangis kerana dia tahu saya manja! Hahaha. Petang itu saya dimasukkan ke wad. Walaupun hati rasa sedih namun dapatlah saya berehat. Tapi lemah juga badan dek kerana terlebih tidur.

Apa yang menyebabkan kontraksi pramatang? Doktor memaklumkan saya bahawa hasil pemeriksaannya terhadap salur peranakan saya mendapati terdapat jangkitan yis pada salur tersbeut. Ia bukan disebabkan penjagaan kebersihan yang kurang baik. Ianya antara lainnya disebabkan perubahan hormon disebabkan kehamilan. Ini mengakibatkan kadar pH di kawasan tersebut tidak seimbang dan seterusnya gagal menghalang jangkitan. Antara tanda jangkitan adalah keluarnya ledir seakan putih telur dari salur peranakan namun tidak berbau. Sebelum keluar wad, saya diberikan ubat berbentuk pil yang perlu dimasukkan ke dalam salur peranakan sebelum tidur. Alhamdulillah, setelah seminggu tiada lagi keputihan yang keluar.

Walaupun baru semalaman tidak bertemu anak-anak, rasa rindu sangat. Soalan pertama yang Ameer tanya bila bertemu adalah : “Ibu, kenapa tak balik semalam? Kenapa tidur kat hospital?”. Ibu senyum saja. Tak tahu nak jawab apa. Hehe.

7 ulasan:

  1. salam wanie..
    tertanya2 dlm hati dah bersalinkah awak sbb senyap jer..heheh..
    alhamdulillah semuanya back to normal kan..risau jgk benda2 yg unexpected ms 3rd trimester nie kan..apapun ms sampai..bestlah awak..sy baru 31 weeks nie..lama lagi,..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam ummu, masa menulis catatan ni teringat ummu. mesti ummu tertanya-tanya mana perginya saya haha. terima kasih atas doa...sekarang ni masih tertunggu bila masanya nak tiba. bukan jemu menunggu tapi tak sabar menanti!

      Padam
  2. salam wanie..ptt la senyap seketika..semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti yer..amin..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih nadia..insyaAllah selamat hendaknya

      Padam
  3. Salam wanie,

    lama tak dengar berita,semoga semuanya di permudahkan dan selamat menjalani tempoh berpantang dan tahniah atas kelahiran yg bakal tiba. :)

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...