adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Isnin, 1 April 2013

Eh! Terkejut Saya! – Telang 8 minggu

Sebelum bertolak ke tempat kerja pagi tadi, sempat saya kerling sepasang telang saya yang berkongsi pasu. Sejak saya tambahkan peatgrow dalam pasu tersebut minggu lalu, kelihatannya semakin galak telang berkembang. Minggu lalu pokoknya telah bertaut walaupun tinggi belum mencapai sekaki. Apa yang membuat saya terkejut adalah kerana kelihatan sekuntum bunganya telah layu. Sekuntum lagi kelihatannya baru mula berkembang. Tinggi pokoknya juga sudah hampir mencapai dua kaki. Setelah melihatnya mula bertaut minggu lalu, saya sudah berkira-kira untuk membuat pancang untuknya tegak cantik merimbun. Kalau dipanggkas kerap tentunya rimbunannya cantik bersama pancang. Nampaknya telang saya lebih ke hadapan berbanding saya. Pagi ini telang telah mula bertaut pada dedaun harum sundal malam. Mungkin juga kerana setiap hari hujan turun pada setiap lewat petang. Nampaknya petang ini kena cepat-cepat dirikan pancang untuk telang saya. Gembira hati tak terkata!


posted from Bloggeroid

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...