adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Rabu, 25 Februari 2015

Matahari Terbenam di Sungai Nil

Terlupa pula saya nak kisahkan pengalaman kami menaiki bot menelusuri Sungai Nil yang terkenal pada hari pertama kami di Mesir. Sungai Nil merupakan sungai terpanjang di dunia yang mengalir ke barat laut Benua Afrika. Kini barulah saya tahu rupa-rupanya Sungai Nil ini disebut sebagai sungai merentas bangsa disebabkan lembangan sungai ini merentasi sebelas negara iaitu Tanzania, Uganda, Rwanda, Burundi, Congo-Kinshasa, Kenya, Ethiopia, Eritrea, Sudan Selatan, Sudan dan Mesir. Secara dasarnya, Sungai Nil merupakan sumber air utama bagi negara Mesir dan Sudan.

Kami tiba di tebing Sungai Nil kira-kira jam 5.5 petang. Matahari terbenam di Cairo agak awal iaitu kira-kira menghampiri jam 6 petang. Dengan bantuan ustaz dan tunang adik saya, kami dapat menyewa sebuah bot yang boleh memuatkan hampir 20 orang (sedangkan kami berenam sahaja) dengan harga 100 Egyptian Pound (EP) iaitu lebih kurang RM50 untuk tempoh setengah jam. Suasana di sekitar tebing sungai sangat meriah dengan bunyi muzik Arab yang sangat kuat dari bot-bot dan juga suasana orang tawar menawar. Di sekitar tebing juga kelihatan ramai orang-orang Arab Mesir beriadah serta jualan penjaja-penjaja yang menjual minuman dan kudapan ringan. Selain daripada menaiki bot, kita juga boleh menaiki bot persiaran mewah bagi menikmati keindahan Sungai Nil dengan hidangan makan malam serta persembahan belly dancing dengan harga yang sepadan dengan perkhidmatan yang diterima (maksudnya bayar lebih la).




Suasana sepanjang perjalanan sungguh nyaman dengan udara bersih dan air yang tenang. Banyak hotel-hotel berprestij kelihatan di sepanjang tebing selain apartmen mewah . Dari bot kami juga, kami boleh melihat Cairo Tower. Cairo Tower merupakan menara telekomunikasi binaan konkrit yang terletak di pusat bandar Cairo. Ia memegang gelaran sebagai binaan tertinggi di Mesir dan  Afrika Utara selama 50 tahun sehinggalah gelaran tersebut diambil oleh Hillbrow Tower di Afrika Selatan. Menara ini terkenal sebagai monumen era zaman moden Mesir. Hiasan yang menghiasi menara ini cuba mengetengahkan corak teratai yang begitu ikonik pada binaan zaman Firaun  dalam era Mesir Purba. Di atas menara ada terdapat restoran berputar dan menara tinjau menyamai Menara Kuala Lumpur di Malaysia. Sayang pula tidak dapat melihat menara ini lebih dekat. Pastinya dapat melihat lebih dekat keindahannya selain melihat Cairo dari pandangan udara.

Cairo Tower



Cantik, memang cantik pemandangan matahari terbenam Sungai Nil di Cairo. Tak dapat nak diceritakan kecantikannya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...