adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Selasa, 24 Februari 2015

Menziarah Masjid Tertua dan Membeli-belah di Khan El-Khalili

Kali ini saya nak sambung semula perjalanan saya di Kaherah, Mesir pada hari pertama kami di sana. Sejurus selepas melawat Masjid Sultan Hassan, kami bergerak ke Masjid Amr bin Al Asr. Masjid ini telah dibina sekitar tahun 641 – 642 Masihi di sebuha tempat yang baru dibuka dan kini dikenali sebagai Old Cairo. Masji d ini merupakan masjid pertama yang dibina di Benua Afrika yang menjadikannya masjid tertua di Benua Afrika. Masjid ini telah dibina oleh panglima angkatan tentera iaitu Amr bin Al Asr yang memasuki Mesir atas nama Islam. Lokasi masjid ini dikhabarkan dipilih setelah beliau melihat seekor burung merpati bertelur dan menetas di tempat masjid berkenaan berada sekarang. Kawasan ini turut dikenali sebagai Misr al-Fustat yang bermaksud City of Tents yang merujuk kepada ribuan khemah-khemah bala tentera. Struktur asal masjid ini pada asalnya dibina menggunakan batang-batang pohon tamar. Setelah beberapa mengalami proses pengubahsuaian dan penambahan ruang, struktur asal masjid ini sudah hampir tiada. Masjid ini dibina dengan binaan ruang terbuka dengan ratusan tiang-tiang yang berukir. Di tengah-tengah masjid merupakan ruang lapang yang memaksimumkan  pengudaraan secara alami di segenap kawasan masjid.






Kami berada di sini bagi membolehkan ustaz yang menjadi pengiring kami menunaikan solat Asar memandangkan beliau memang bermukim di Kaherah. Selain itu, ini memberikan peluang kami melihat kecantikan masjid tertua di Benua Afrika ini.

Di luar masjid, kelihatan beberapa troli jualan sayur-sayuran, buah-buahan seperti buah oren dan pisang serta roti masih ada. Menurut ustaz, sudah menjadi kebiasaan jualan begini ada di sekitar masjid selepas sesi solat Jumaat. Terdapat juga beberapa kanak-kanak tempatan bermain bola sepak di jalanan. Rakyat Mesir tinggal di apartmen dan jalanan merupakan tempat permainan biasa kanak-kanak di sini.

Menjelang Maghrib, kami singgah pula di Masjid Al-Azhar. Tak banyak gambar menarik yang saya dapat ambil di sekitar masjid ini kerana suasana agak kelam dan masa yang dihabiskan di masjid ini sekejap sahaja. Masjid Al Azhar merupakan salah satu masjid tertua yang dibina sekitar tahun 970 Masihi di bumi Kaherah. Masjid ini dinamakan bersempena dengan nama anak perempuan Rasulullah, Fatimah Az-Zahra. Oleh sebab pengurusan masjid telah mula mengajikan ramai ilmuwan-ilmuwan dari seluruh dunia, masjid ini seterusnya menjadi pemangkin kepada penubuhan universiti kedua tertua di dunia yang masih beroperasi iaitu Universiti Al-Azhar. Universiti ini terkenal kerana melahirkan jutaan ilmuwan dalam pengajian syariah, undang-undang kini terdapat juga para doktor perubatan yang lahir dari universiti ini.






Usai solat, kami bergerak ke Khan El-Khalili pula yang terletak di seberang jalan Masjid Al Azhar. Khan El-Khalili merupakan kawasan perdagangan utama di Islamic District di Kaherah.  Kedai-kedai yang menjalankan perniagaan di sini menawarkan pelbagai produk seperti barangan antik, rempah ratus, pakaian, cenderamata, barangan kulit, minyak wangi, pelbagai jubah dan banyak lagi. Boleh dikatakan suasananya seperti Jalan Chow Kit di Kuala Lumpur. Di sini juga terdapat beberapa kedai makan, restoran dan penjaja yang menjual makanan seperti roti dan keledek bakar. Bau rempah ratus dan kopi Arab menusuk hidung. Bangunan Khan El-Khalili ini dikatakan sangat cantik dengan hiasan kesenian Islam. Tapi sayang, bekalan elektrik terputus di sebahagian besar kawasan dan suasana yang sangat sibuk tidak mengizinkan untuk saya mengambil gambar. Tambahan pula, adik perempuan saya mengingatkan kami supaya berhati-hati menjaga barang berharga kerana ada yang cepat tangan dalam kesibukan pusat kegiatan ekonomi ini.






Di sini saya sempat membeli beberapa helai t-shirt, rantai kunci dan minyak wangi. Emak saya ada membeli beberapa beg sementara ayah saya membeli jubah. Kami ada juga melihat-lihat barangan kulit, namun harganya agak mahal.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...