adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Rabu, 22 Julai 2015

Tanam Kesum Dalam Self Watering Container

Saya dah banyak kali mencuba menyemai daun kesum. Pernah juga saya tanam setangkai dua sejurus sampai dari pasar supaya benih yang ditanam segar dapat hidup. Namun mati akhirnya walaupun disiram selalu. Pernah juga saya cuba petua rendam dulu batang kesum dengan air gula untuk dapatkan akar yang kukuh. Memang menjadi tapi mati  kering bila dipindahkan ke dalam pasu. Ada juga menjadi ditanam tapi daunnya kecil dan kuning memanjangkan. Akhirnya mati mungkin kerana penuh semut berumah tangga dalam tanahnya. Saya juga pernah menanam kesum dalam pasu tak berlubang dengan harapan hidup suburlah kesum dalam air bertakung. Tapi hampa. Mati jua kesum saya.

Entah macam mana “terajin” pula satu hari nak potong bekas minyak masak untuk dijadikan self watering container. Asalnya dibuat untuk menanam bayam. Tapi mungkin kerana benih bayam sudah lama dan tidak lagi bernas. Saya cocok sebatang daun kesum lebihan belian dari pasar. Yang ada dua tiga urat daun kecil. Seminggu kemudian tumbuh lagi seurat dua daun. Saya pangkas dan cucuk di ruang yang kosong dalam bekas yang sama. Belum sampai seminggu dan bertunas. Saya pangkas lagi yang asal dan cocok di ruang yang kosong. Saya letakkan baja sedikit dalam setengah sudu teh baja kopi. Masa ini air tak bertakung tapi bahagian bawah bekas ada lebih sedikit dari separuh airnya. Saya kemudiannya pulang ke kampung sempena hari raya sejak 11 Julai.

Sekembalinya dari kampung iaitu selepas 10 hari meninggalkan rumah, saya lihat pokok-pokok di rumah agak layu. Saya kira ada hari-hari yang hujan turun dalam tempoh ini sebab pokok-pokok tidak mati terus. Saya tiba di rumah betul-betul waktu azan Zuhur berkumandang dari surau berhampiran rumah. Lewat petang baru saya siram pokok-pokok di laman dan saya perasan kelainan dalam bekas saya tanam pokok kesum saya.


Selepas kira-kira tiga minggu menyemai, inilah hasilnya. Mungkin tak seberapa pada orang yang dah jauh berpengalaman menanam kesum. Pada saya yang asyik gagal sahaja, inilah hari paling gembira saya. Daun kesum saya besar dan sihat. Kalau nak tuai pun tak risau mati sebab lebat sungguh walaupun hanya tiga batang sebesar 2 inci sahaja disemai. Saya kira warna-warna hitam pada daunnya itu menunjukkan daun kesum saya sihat.


Bila diangkat bekas tanahnya, saya lihat airnya sudah mengering tapi sedikit lembap. Jika hujan tidak turun dalam sehari dua ini dan saya belum pulang, pasti mati kering pokok kesum saya. Akarnya juga sihat apabila melihatkan akarnya putih dan bersih berselirat. 


Sepanjang petang tak puas membelek pokok kesum saya. Lepas ni boleh cuba lagi dengan herba atau sayur berdaun lain. Saya ada melihat ramai dan cuba menanam dengan self watering container dan hasilnya menakjubkan. Saya suka berkebun dan masa menyiram memang menjadi masalah besar kepada saya. Walaupun tanaman di rumah tak banyak, sedikit sebanyak memang terasa banyak jimatnya. Contohnya segenggam daun kunyit atau kesum dah hampir seringgit sedangkan nak guna seurat dua sahaja. Yang lain terpaksa dibazirkan. Kalau menanam sendiri banyak untungnya. Paling utama sentiasa ada dan segar selalu.


9 ulasan:

  1. Selamat Pagi....betul tu...seringgit dua pun dah jimat....yang susah nak tanam sahaja saya beli...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau berbaloi beli kita beli, kalau berbaloi tanam kita tanam ;)

      Padam
  2. wah boleh cuba cara ni..subur kesum wanie...

    BalasPadam
  3. assalamualaikum ..nk ty..mcmne cara buat self watering container tu?ade boleh tunjukkan gambar tak?rumah sy tinggl flat je.pnh tanam 2-3 kali dlm pasu ..asyik kering je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam meiliya, nanti sy tunjukkan caranya dalam catatan akan datang. Saya akan cuba buat dlm masa terdekat.

      Padam
  4. Setuju dengan kata-kata akak. Sedang menggoogle teknik self watering. Nak cuba berkebun dari asyik membeli. Saya first time nak berkebun ni. Doakan saya ye.

    Jemput singgah blog saya.
    Http://emmemarinamohamad.blogspot.my

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...