adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Isnin, 27 Mei 2013

Berpantang Tanpa Mak Di Sisi..


Pada waktu awal kehamilan, saya memang ada terfikir untuk berpantang di rumah sendiri. Tapi bimbang tak mampu menguruskan anak-anak hanya dengan bantuan suami. Jikalau berpantang di rumah sendiri maksudnya segala urusan anak yang baru lahir dan diri sendiri yang baru bersalin perlu diuruskan sendiri. Maka dua minggu sebelum tarikh bersalin saya pulang ke kampung bersama dua anak bujang saya menunggu hari kelahiran anak ketiga.
Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan saya pulang ke rumah sendiri untuk berpantang tanpa emak kesayangn di sisi. Mak saya masih bekerja jadi kasihan pula pada emak yang siang ke pejabat, balik rumah perlu menguruskan kami anak beranak. Memandangkan kelahiran kali ini agak mudah, maka saya rasa yakin untuk menguruskan sendiri masa pantang saya di rumah sendiri.
Setiap hari saya bangun sekitar jam 6 pagi. Pagi saya dimulakan dengan memanaskan tungku stim saya. Sementara menunggu tungku herba panas, saya akan mengepam susu ibu sebagai stok sebelum kembali bertugas. Saya akan bertungku sementara menanti dua beradik bangun pagi sekitar jam 8 - 9 pagi. Anak bujang dua beradik akan dipastikan mandi sebelum jam 9 pagi. Alif pula akan dimandikan sebelum jam 10 pagi.

Sementera Ameer dan Ahmad sarapan, saya akan mandi dan selesainya berbekung pula. Setelah selesai sarapan, saya berehat. Kerja-kerja rumah seperti urusan kain baju, mengemas rumah suami sudah uruskan.

Pukul 12, saya mula memasak makan tengahari. Ringkas dan mudah saja masakan orang berpantang. Semua kukus dan rebus tapi menyelerakan bagi saya. Nanti saya kongsikan resepinya. Sebelum pukul 2 petang, saya dah selesai makan tengahari.

Sebelum pukul 7 petang ketiga- ketiga anak dah selesai mandi petang. Sebelum pukul 8, makan malam dah selesai saya sediakan. Sebelum makan malam, sesi mengepam kali kedua dilakukan. Itulah rutin saya setiap hari.

Mujurlah luka bersalin kecil saja. Jadi tidaklah rasa susah sangat nak menjaga diri dalam tempoh dua minggu ini. Apa yang penting kesihatan perlu dijaaga kerana ibu adalah jantung keluarga. Kakau saya sakit tentu suami saya susah hati. Semangat juga kena kuat kerana kekuatan diri datangnya dari kekuatan mental. Saya bersyukur kerana segalanya berjalan lancar.
posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. Syabas kerana mampu buat sendiri...sy pun dok terpikir nie cmaner berpantang sendiri..boleh buat tak..nak jg diri lg, anak lg..kerja2 umah lagi..inshaallah awak buka mata saya..:)

    BalasPadam
  2. tq ummu..hr sblm blk tu menangis juga takut tak terdaya nak buat semua. harap ummu kuat semangat berpantang jauh di perantauan...sama2lah kita kuatkan semangat ya!

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...