adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Jumaat, 31 Mei 2013

Resepi Berpantang : Tumisan Sawi Putih Berkicap



Bosan tak makan sawi hari-hari waktu berpantang? Janganlah begitu.. Ada pelbagai jenis sawi di pasaran. Rasa pun berbeza bagi setiap satu. Bila berpantang bersalin ni, banyak juga jenis sayur yang tidak digalakkan untuk makan. Sawi adalah pilihan yang popular. Kelmarin saya masak sayur sawi putih ditumis dan diperasakan dengan kicap. Pada saya, sawi putih ni wangi dan manis rasanya. Inilah cara ringkas saya sediakan sawi putih.

Bahan-bahan :
2 batang sawi putih
Hirisan cili merah
Hirisan bawang kuning Holland
Ikan bilis dicincang kasar
Kicap manis
Lada sulah
Garam
Sedikit minyak masak
Air

Cara memasak:
Panaskan minyak masak dan tumis ikan bilis, cili merah dan bawang. Setelah naik bau, masukkan sedikit air dan batang sawi yang telah dipotong. Kacau rata dan masukkan daun sawi. Perasakan dengan garam, lada sulah dan kicap manis. Kacau seketika sehingga sawi sedikit layu dan tuang ke dalam mangkuk hidangan. Sayur tidak perlu dimasak terlalu lama untuk mengekalkan khasiatnya. Kuahnya yang panas akan meneruskan proses memasak. Selamat mencuba!
posted from Bloggeroid

3 ulasan:

  1. ingat nak tanam sawi putih wat pantang tp takut angin pulak...boleh makan yer...:)

    BalasPadam
  2. boleh ummu..tp tgk keadaan diri masing2.. yg saya tau sayur menjalar memang x boleh makan. kalau kobis, bunga kobis dan brokoli memang buat angin. sy makan variety sawi, kailan dan bayam saja dlm tempoh pantang. sayur lain yg sy makan adalah lobak putih dan lobak merah selain ulam2... yg lain2 tu bolehla nak cuba tp kalau baby yg menyusu kembung mungkin kena tgk balik apa yg kita makan..

    BalasPadam
  3. sayur menjalar tuh betul..ade baca dan mak pun bg tau..bayam ade yg sy baca tak boleh.. brokoli, kobis dorang kata takperlak...hmmm kena tgklah tuh..kalau ulam pegagalah kan eloknya..

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...