adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Khamis, 13 Jun 2013

7 Hari Selepas - Selasih Thai



Tujuh hari lepas saya pindahkan selasih Thai saya ke dalam pasu individu. Setiap satunya punya 4 helai daun dan sekarang sudah punya 6 pasang daun. Kelihatannya pasangan ketujuh juga telah mula kelihatan. Saya kira akarnya sudah pasti sudah berkembang dengan segala nutrien yang ada dalam medium pasuan. Saya letakkan campuran kompos dan tanah dari nurseru dengan nisbah 1:3. Disiram setiap hari dan diletakkan di bawah teduhan yang menerima cahara matahari separa. Daunnya hijau tidak kekuningan tanda cukup penerimaan cahaya matahari. Saya belum berhasrat dan memindahkannya ke batas. Saya berhasrat untuk merimbunkannya sedikit.

Wajar atau tidak jika saya pangkas pucuknya untuk menggalakkan pertumbuhan pucuk baru yang lebih banyak?
posted from Bloggeroid

5 ulasan:

  1. Wani,

    wah banyaknya selasih Thai.....ikut pengalaman saya, selasih Thai ni bila pindahkan ke tanah, subur yg amat sehinggakan membiak dengan jayanya. So teh end saya tnm atas pasu

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang senang nak jaga selasih ni..kalau pindah ke tanah penuh jadinya

      Padam
  2. Selasih Thai ni yang org Vietnam makan dengan pho mee tu ke?

    Saya dah lama tak bercucuk tanam, kalau ikut lojik pangkas tu memang menggalakkan pertumbuhan tunas baru tapi takot pulak pangkas2 terus tak naik2. Apa kata try satu dulu nampak berjaya boleh try kat yg lain pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah selamat pangkas buat nasi ulam hehe.. Selasih ni byk guna dlm mskan vietnam dan thai.. sy kdg2 mskan dlm spagetti

      Padam
    2. selasih thai batang dia warna putih kan? bkn purple2

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...