adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Selasa, 11 Jun 2013

Resepi Berpantang : Air Barli



Jemu ek minum air suam je tiap hari. Kadang-kadang minum susu atau Milo untuk minum pagi atau minum petang. Bila berpantang ni, pilihan air untuk diminum tak banyak. Jangan mimpilah nak air tembikai atau sirap bandung. Pilihan yang terbaik adalah air barli. Barli adalah antara makanan kegemaran Rasulullah. Saya sering sediakan air barli apabila anak-anak atau suami diserang demam. Selain dapat membantu menyejukkan badan khususnya pada musim panas, bijirin ini juga dikatakan dapat meransang pengeluaran susu ibu.

Untuk menikmati air barli, rebus beras barli putih sehingga kembang dan perasakan dengan gula mengikut tahap kemanisan yang diingini. Boleh juga diperasakan dengan sedikit perahan limau nipis. Biasanya saya akan merebus barli selama setengah jam dan biarkan beras terendam dalam air rebusannya semalaman sehingga kembang. Kemudian dipanaskan semula keesokan pagi sebelum diletakkan gula. Beras barli yang telah kembang juga enak dibuat bubur manis dengan mencampurkan santan, garam dan daun pandan untuk mewangikan bubur barli manis.



Pilihlah beras barli dari kualiti yang baik untuk mendapatkan air barli yang berperisa. Ini adalah jenama beras barli kegemaran saya. Beras barli dari jenama ini menghasilkan air barli yang enak. Tak pasti pula saya jika ada jenama lain dipasaran selain yang dijual secara timbangan atau pek kecil. Minuman barli memang enak diminum suam atau sejuk. Beras barli yang kembang enak dimakan dan bagus untuk sistem penghadaman kerana tinggi serat. Cubalah!
posted from Bloggeroid

4 ulasan:

  1. Minum barli dalam pantang? Mau mak akak silatkan akak gamaknya. Tak pernah cuba lagi minum barli dalam pantang. Kalau ada rezeki tambah baby lagi boleh try.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tau pula saya barli tak boleh diminum waktu pantang..sy memang biasa minum untuk sejukkan badan..tgk2 ada dalam buku resepi berpantang..sy pun kongsikanlah...xdela bosan minum air kosong memanjang hehe

      Padam
  2. Barli boleh diamalkan ketika dalam waktu berpantang. Minum yg panas lah. Bukan yg ais ais.

    BalasPadam
  3. Betol ke.. Isteri pn minta nk mnum air bali..

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...