adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Ahad, 2 Jun 2013

Resepi Berpantang : Bawal Stim Lada Hitam



Resepi masakan ini saya belajar dari mak saya waktu zaman masih bersekolah rasanya. Tapi waktu itu menggunakan ikan kembung. Kalau berpantang, elakkan makan ikan kembung kerana dipercayai boleh menyebabkan kegatalan. Saya tak pasti sejauh mana kesannya dan tak berani cuba-cuba makan buat masa sekarang. Ikan bawal juga boleh digantikan dengan ikan merah atau lain-lain jenis ikan yang sesuai. Saya juga pernah mencuba menggunakan resepi ini menggunakan ayam. Sedap juga namun sedikit berlemak kerana lemak ayam akan bercampur dengan jus ayam hasil kukusan. Resepi ini juga menghasilkan bau yang wangi campuran dari halia dan lada hitam. Cubalah resepi seperti di bawah.

Bahan-bahan:
Ikan bawal - seekor dan dikelar
Sesudu besar sos tiram
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Garam
Setengah inci halia dihiris
Seulas bawang putih dihiris
Sedikit hirisan bawang kuning Holland
Sedikit hirisan daun sup dan daun bawang

Cara memasak:
Gaulkan semua bahan dan lumurkan ikan.dengan bahan-bahan. Masukkan bahan-bahan ke dalam bekas untuk mengukus. Kukus ikan sehingga masak dan hidangkan.

Memandangkan saya masak untuk saya dan Ahmad sahaja, maka saya masak hanya separuh saja. Kalau masak seekor nanti tak habis membazir pula. Tapi, tak sangka pula Ahmad suka sampai merajuk ikan dah habis. Tak apalah Ahmad... nanti ibu masak lagi ya..
posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. sini ikan tak byk variety..sejenis dua jer ikan besar, frozen lak tuh jadi bila berpantang nanti takleh memilih sgt..ade cuba resepi betik..katanya elok utk susu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pun ada terbaca betik bagus utk bykkan susu tp belum jumpa resepinya selain mkn mentah...kalau ada nanti sy cuba

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...