adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Selasa, 2 Julai 2013

Lobak Putih - Minggu 2


Ini merupakan kali pertama saya tanam lobak putih sejak mula pandai makan lobak putih ketika berpantang kali ini. Saya dapati melalui pengalaman rakan-rakan blogger yang berkebun, lobak putih mudah ditanam dan dijaga. Mengikut pek benih yang saya beli dari pasaraya, katanya ubinya boleh dituai dalam tempoh 50 hari selepas semaian. Kira-kira sebulan lagi dapatlah saya tuai ubinya. Saya semai 3 biji benih dalam medium semaian berkompos. Hanya satu benih benih tidak bertunas. Pada umur 2 minggu, pasangan daun sebenar telah kelihatan. Benihnya mula bertunas pada hari ke 4-5 seeepas disemai sedalam kira-kira 1 cm dari permukaan tanah.
posted from Bloggeroid

4 ulasan:

  1. salam...cepat juga lobak putih ni berubi yer...boleh tanam banyak2 utk dijual r sedekah kat jiran2...

    BalasPadam
  2. nk tanam jugak tapi cari benih lobak x kat jerantut ni.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh beli online dari blog tanamsendiri.com

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...