adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Jumaat, 18 September 2015

Laman Depan Rumah

Sejak Alif dah berumur dua tahun ni, masa saya agak lapang sebab dia dah pandai bermain bersama-sama abang-abangnya. Tapi kadang-kadang kena perhatikan juga budak-budak ni sebab kalau tak kena gayanya ada yang meraung sebab bergaduh. Alif pula jenis main kasar. Kadangkala tiba-tiba dia tarik rambut orang, ada juga masa dia tiba-tiba tumbuk abangnya sebab nak bergurau. Dia pula belum pandai bercakap jelas. Bila orang tak faham apa yang dikata, mulalah mengamuk. Mujurlah abang Ameer rajin melayan. Kalau abang Ahmad, memang kawan bergaduhlah. Jarang baiknya dua beradik ni. Bila dah ralit main barulah ibu boleh menjenguk laman. Kalau dibawa keluar rumah, silap hari bulan merata berjalan ke jalan besar masa ibu tengah berkebun. Maklumlah, rumah di Putrajaya ni tak berpagar.


Bila dah masa nak berkebun ni, barulah nampak segar sikit mata tengok tiap minggu laman berseri dengan pokok hiasan. Di bahagian kiri tempat kereta ni ada pelbagai jenis pokok hiasan yang berbunga dan juga ada berwarna-warni daunnya. Pokok yang jenis berbunga macam pokok ros, bunga raya mini dan YTT memang tak putus berbunga. Bunga Gardenia pula jarang berbunga, kalau sekali berbunga sampai tiga kuntum yang keluar. Bunga kesidang dan bunga harum sundal malam pula tak pernah berbunga. Setakat ini saya berpuas hati dengan bahagian ini.


Di bahagian kiri ini pula tak berapa ceria. Ada beberapa pasu kosong selain pokok tomato, ati-ati, telang, amaryllis, kesum, mulberi, delima, betik dan bunga kertas putih. Gardenia Crape Jasmine pula dah gondol dimakan siput. Kalau tabur ramasan kulit telur barulah elok daunnya sebab siput boleh datang makan semua daunnya. Yang berdaun hijau putih itu namanya Arrowroot atau ubi garut. Katanya boleh dimakan ubinya, tapi tak berani saya cuba. 

Saya kini dalam proses alih sedikit demi sedikit pokok-pokok di bahagian ini ke laman belakang dan tinggalkan pokok hiasan sahaja. Mungkin hujung minggu ini, pokok delima akan dipindahkan sebab bunganya yang keluar beberapa minggu lalu tak jadi buah pun. Selepas beberapa kali berbunga, belum ada buah terhasil. Bila dipindahkan nanti, besar sikit kawasan untuk delima membesar. Minggu lepas saya baru semai Purple Wishbone Flower untuk isi kekosongan ruang dan juga keladi warna magenta yang baru nak bertunas. Kalau ada rezeki lebih mungkin hujung minggu ni nak cari bunga berwarna sedikit atau pokok hiasan lain untuk naikkan seri kawasan ini. Kawasan laman belakang yang ada pokok pandan dah terang dan kemas sekarang.


Yang ini pula barisan pasu-pasu kecil yang ada pokok ros jepun pelbagai warna. Asalnya pasu ini di paras lantai. Tapi asyik togel dimakan siput. Saya alihkan ke para. Alhamdulillah nampak elok. Cuma sekarang tengah cari idea nak biakkan lagi atau nak tambah variasi ros jepun supaya meriah lagi.

Agak-agak pokok hiasan apa yang saya boleh tambah untuk naikkan seri laman. Saya suka pokok yang bunganya warna terang dan berbau wangi atau daunnya berwarna.

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...