Hari esok, umur Ahmad genap setahun empat bulan. Pada umur ini, Ahmad sudah pandai beritahu dia mahu turun. Sama turun dari dari kerusi meja makan atau turun ke tingkat bawah. Ahmad juga dah pandai seret beg “sekolah” ke depan pintu rumah dan melambai ibu dengan “Bye”. Pagi tadi, Ahmad seret “luggage” ke depan pintu rumah, siap sedia nak ke “sekolah”. Anak-anak merujuk taska tu sebagai “sekolah”
Ahmad paling muda dalam keluarga kami. Jadi, dia dipanggil adik. Tak lama lagi, Ahmad dah jadi abang. Tapi, abang Ameer kata dia seorang saja yang boleh dipanggil “abang”.
Sejak dari lahir Ahmad murah senyuman. Ibu rindu senyuman Ahmad walaupun lapan jam berjauhan dari Ahmad. Sekejap lagi ibu jemput Ahmad dan abang Ameer ye..
posted from Bloggeroid
sebaya lah anak kita wanie...naufal umur setahun 2 bulan pada 28hb ni...comel ahmad senyum manis!
BalasPadamiye ke nadia? masa anak sulung sy byk terlepas perkembangannya sbb dia duduk di kampung..sekarang anak kedua dan insyaAllah ketiga saya nak catat supya tidakla terlepas. sekarang bukan mcm zaman dulu kita rajin "cuci" gambar kat kedai. letak kat blog ada catatan sikit-sikit hehe
Padam