"The future ain't what it used to be."
Yogi Berra
Agak-agaknya, ada tak yang tertanya-tanya besar mana agaknya laman rumah saya sampai banyak betul jenis tanaman yang saya semai. Tempahan benih baru sahaja dah mencecah 15 jenis! Inilah laman belakang rumah saya. Saya tak pasti nak gelarkannya laman belakang atau laman depan. Rumah saya ada “double frontage”. Laman ini mengadap ruang tamu dan ruang makan rumah kami. Kalau dibuka dua “sliding door” tiga pintu seluas-luasnya, maka terpampanglah seluruh isi rumah menghadap rumah jiran. Kalau diperhatikan, tidak ada apa-apa ditanam di atas lama ini melainkan tiga rumpun serai, sebatang pokok rambutan dan sebatang pokok manga. Gambar ini diambil dari tingkap bilik utama. Sebenarnya, ada pokok keladi gajah besar di hadapan pintu untuk melindungi ruang makan dari pandangan rumah jiran. Dalam gambar ini, pokok keladi itu agak terlindung.
Dalam tahun 2010, saya ada menanam kacang panjang, kangkung, tomato, kobis, brokoli, jagung, bawang, lobak merah, ketumbar, roselle dan timun di atas laman ini. Namun, setelah disahkan mengandungkan Ahmad, saya sudah tidak mampu menjaga tanaman saya. Tuaian yang sempat saya kutip hanyalah kacang panjang, kangkung, roselle dan lobak merah sahaja. Tanaman yang lain semuanya mati. Tanah di laman ini kurang subur. Sudahlah banyak batu perlu dibuang, banyak pula kos ditabur untuk membaja bagi memastikan tanahnya subur. Adatlah bertanam di atas tanah tambun di taman perumahan. Lagipun, kawasan ini agak gelap pada waktu malam. Jadi, agak sukar saya nak jenguk tanaman pada waktu malam jika tidak berkesempatan pada waktu siang.
Inilah sebenarnya ruang saya bertanam sekarang. Kawasan ini agak subur. Selain daun pandan dan pokok kantan, saya juga tanam serai dan roselle di sini sedikit masa dulu. Tanamannya subur walaupun kurang pembajaan. Cuma perlu kerap siram supaya tanahnya kekal lembap. Kawasan ini di hadapan rumah. Sebelum dan selepas balik kerja, bolehlah menjenguk tanaman sekejap. Malam-malam pun sempat menjenguk sekejap sebab belakang dapur sahaja.
Pokok serai telah saya pindahkan ke laman belakang manakala pokok roselle telah habis musimnya. Jadi apa yang di atas tanah ini hanyalah daun pandan, pokok kantan dan kangkung. Semalam, saya telah pindahkan sepohon benih tomato. Kawasan ini terima cahaya matahari penuh. Jadi saya akan tengok keadaan pokok tomato itu dalam seminggu ini. Kalau hasilnya baik, saya akan pindahkan beberapa lagi bersama-sama benih bendi saya. Inilah kebun sejemput saya…
posted from Bloggeroid
besar kawasan berganden wanie...banyak boleh tanam ni. Kalau saya dah berangan macam2 dah..... :)
BalasPadamKalau menanam2 mcm ni di kawasan putrajaya boleh ka? sbb mamber duk putrajaya g tau perbandaran agak straight sikit.
memang besar tp sy tanam depan rumah je..malas nak kerjakan tanah laman belakang yang banyak abtu..dalam kepala ni dah macam-mcam nak ditanam. ada rupa macam hutan da kot kalau betul2 tanam hehehe setakat ni perbadanan tak marah tanam kalau dijaga elok sebab diorg kurang maintan sbb tuan rumah rajin maintain tanam. lagi diorg suke..menghijaukan putrajaya
Padamluas la jugak ni wanie...takde sejemput ha hehehhe...:D
BalasPadamnanti boleh la start pelan-pelan 15 jenis benih tu..
kat depan rumah tu yang sejemput, kalau saya baring muat-muat aje saya agaknye hehehe
PadamKawasan tuh nampak luas wanie...tp since awwk pun peknen lagi saya rs tak mampu kan nak usahakan semua tuh...ikut kemampuan kitalah kan bertani nie...:)
BalasPadammemang luas tapi sbb pregnant sy kerjakan yang depan saja...itupun tanam sayur-sayur daun yang cepat tuai, takut lama sgt nanti tak sempat tuai pula...tp da sebulan lebih satu pun belum dapat dituai heheh sabar ajela
Padam