adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Isnin, 28 Januari 2013

Mengagumi Kecantikanmu...


"Pokok ros ni you jual berapa ringgit? Warna ape bunganya?". Tanya saya pada seorang pekerja nurseri di Bangi. "RM 15 kak. Saya tak tahu warnanya. Nanti kalau saya kata kuning, keluar warna lain kakak marah sama saya pula". "Bagi murahlah...pokok ni tak ada daun pun". Pekerja itu pun bersetuju menjual pokok bunga ros ini dengan harga RM12. Harga ini siap dengan pasunya. Saya kira agak murah kerana kebiasaannya saya beli pokok sahaja sudah RM9. Inilah yang berlaku dua minggu lalu.

Inilah rupa pokok ros itu hari ini. Pokok ros itu telahpun mengeluarkan bunga merah jambunya. Saiznya agak besar berbanding ros saya yang sedia ada. Baunya tidak kuat. Saya sebenarnya baru tiba dari kampung. Perjalananan selama dua jam terus hilang melihat bunga ros ini. Ada enam kudup kesemuanya termasuk yang telah kembang. Cantik sungguh.



Setelah luruh kesemua bunga ini, saya akan cantas pokok ini bagi memberi bentuk yang menarik serta rimbun. Mencantas dan menggetu pokok juga dapat menggalakkan pembentukkan cabang-cabang baru dan seterusnya menggalakkan pembungaan. Harapnya berjaya.
posted from Bloggeroid

9 ulasan:

  1. Byk effort ni...jaga mcm mana bunga ros ni? Berbaloi.. Sejuk hati kan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. x pasti lagi macam mana nak jaga betul-betul pokok ni sebab baru dua minggu bersamanya..kalau da yakin nanti saya kongsikan ya

      Padam
  2. suka jugak...one day bila dah sesuai nak tanam jugak lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang kata remeh jaga ros..saya pun x pasti sebab masih belajar. sama-samalah kita belajar ya

      Padam
  3. Cantik bunganya kak...hijau daunnya. Akak ada siram racun tak untuk black spot? Saya ada jugak menanam beberapa pokok. Ada beli racun tapi kalau boleh tak naklah guna...unless teruk sgt.kerja saya asal nampak daun menguning je sayapotong..

    BalasPadam
  4. Cantik bunganya kak...hijau daunnya. Akak ada siram racun tak untuk black spot? Saya ada jugak menanam beberapa pokok. Ada beli racun tapi kalau boleh tak naklah guna...unless teruk sgt.kerja saya asal nampak daun menguning je sayapotong..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat ni belum penah kena serang lagi...kat rumah pun br ada tiga pokok. masih belajar lagi..nanti sama-sama belajar dan kongsikan ye

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...