Sekarang saya tengah menunggu penerbangan ke Kota Bharu, Kelantan untuk satu mesyuarat penting petang ini. Lewat petang nanti ada penerbangan kembali ke KLIA. Kebiasaannya saya akan membawa sebuah buku untuk dibaca di waktu-waktu menunggu seperti ini. Tapi, disebabkan kekalutan pagi, saya terlupa mencapai buku di rak. Saya pernah berbual dengan seorang professor matematik dari sebuah universiti tempatan. Katanya, untuk kita lebih banyak membaca, sentiasalah pastikan sebuah buku yang kecil dan ringan dalam beg. Buku yang besar dan tebal, baca saja di rumah.
Pagi ini, saya telah dapatkan buku tulisan Sir Arthur Conan Doyle yang terkenal iaitu "Sherlock Holmes". Hasil tulisan beliau yang ini telah meninggalkan memori indah kepada saya dan kawan-kawan sewaktu dalam tempoh kursus selama 6 bulan hampir 3 tahun yang lalu. Kami telah menghasilkan satu produksi drama Inggeris dalam Modul Bahasa Inggeris. Produksi itu telah menjadi kebanggaan kami sehingga menjadi sebutan pensyarah dan juga rakan-rakan kursus dari kumpulan lain. Tapi malangnya tiada rakaman dibuat kerana tiada siapa di antara kami yang teringat untuk merakamkannya.
Walau apapun, produksi itu sentiasa menjadi memori indah kami...
posted from Bloggeroid
Rajin wanie membaca..kalau saya masa menggu macam ni mata x boleh duk diam..mesti tengok sana sini tengok org lalu lalang..hehe...:D
BalasPadamRajin tu takla...tp sy pening tgk org lalu lalang hehe
PadamK Mar pun style ni juga..mesti ada bahan bacaan..sekarang ni dah ada note.. Blogwalking je..kalau line cantikla.. kalau line ilek..habis awan, senja, pokok kena shoot..bateri note abis..baru tarik buku...last but no least doze off he he..
BalasPadamOne fine day kena cari Sherlock Holmes ni
Samela kak mar..tp kalau outstation jarang buka note...takut2 nanti battery flat..susah pula nak call nanti
Padam