Pukul 5.30 pagi tadi Ameer yang suam-suam badannya terbangun. Dia beritahu dia nak bawa bekal air “nasi” ke “sekolah”. Air “nasi” tu air barli lah maksudnya. Nasib baik di rumah ada dua tin “pearl barley” cap ayam. Air barli memang sedap diminum untuk menyejukkan badan. Ia merupakan makanan sunah Rasulullah dan baik untuk meredakan demam. Maka, bangunlah si ibu menyediakan air barli permintaan si abang. Biasanya saya akan rebus barli selama setengah jam dan biarkan barli itu berendam dalam air rebusannya semalaman supaya betul kembang. Kemudiannya rebus kembali dalam setengah jam keesokan paginya. Setelah itu, masukkan gula untuk menambahkan keenakkannya. Disebabkan kesuntukan masa hari ini, saya rebus sejam sahaja. Maka kuranglah kembang biji-biji barli. Namun, rasanya tetap boleh tahan. Jadi, hari ini Ameer bawa bekal air barli dan Cucur Ikan Bilis Bancuhan Air Panas untuk ke "sekolah". Biasanya bawa roti dan susu kotak sahaja. Sempat jugala ibu mengoreng cucur pagi tadi.
Sementara menunggu barli direbus, saya jenguk tanaman dalam gelap subuh. Pagi tadi saya nekad nak menjalankan misi menyelamatkan benih-benih tomato saya. Sudah dua hari bumi Putrajaya tidak dibasahi hujan. Oleh kerana tanaman hanya disiram sekali sahaja sehari, maka sudah terbit bibit-bibit kelayuan pada kebanyakan tanaman saya. Ada yang hampir kekuningan warnanya.
Tomato yang ditanam di tanah dan di dalam pasu merah jambu telahpun tumpas mati kekeringan. Dalam pasu hijau pula, masih ada empat benih yang masih hidup. Namun, keadaannya agak menyadihkan kerana diserang kulat daunnya. Saya ambil dua benih yang paling sihat dan pindahkan ke dalam pasu yang lebih besar. Kalau dilihat, saya tanam agak dalam untuk membolehkan benih-benih ini mengeluarkan akar-akar baru. Saya campurkan tanah berkenaan dengan sesudu kecil baja tahi ayam untuk memberi sumber nutrisi kepada benih-benih yang akan dipulihkan ini. Usai dialihkan, saya siram tanahnya dengan air dan mandikan benih-benih tersebut dengan semburan baja organik.
Saya harap usaha saya ini berhasil. Pengajaran yang saya dapat hari ini adalah, kalau rasa benih sudah patut dipindahkan ke pasu yang lebih besar, cepat-cepatlah buat sebelum terbantut pembesarannya. Kalau tidak siapa yang rugi? Saya juga. Saya rasa sepatutnya benih-benih ini dipindahkan ke pasu yang besar pada minggu ke 4 atau minggu ke 5 sewaktu pokok galak mengeluarkan akar baru iaitu selepas dipindahkan kali pertama.
Selesai kerja-kerja pemindahan, azan subuh pun berkumandang. Maaflah kalau gambar-gambarnya gak gelap. Maklumlah waktu subuh hening.
posted from Bloggeroid
sy pun dlm process nak tgk perkembangan tomato..dh selamatkan dlm pasu..senang skit monitor..
BalasPadamsaya rasa hari ni pokok tomato saya da mati huhuhu
Padam