Belum..saya belum bersalin. Anak baru yang saya nak tunjukkan hari ini adalah anak benih kalian yang saya semai Isnin lalu. Dalam tempoh masa tiga hari saja benih yang saya beli dari blog tanamsendiri.com telahpun mula bertunas. Bernas sungguh benihnya. Secara jujurnya, ini kali ketiga saya semai benih kalian. Semuanya menjadi. Tetapi akibat kealpaan saya, kalian saya tua begitu sahaja. Tidak pernah dituai. Rugi betul. Kali ini saya akan pastikan saya dapat tuai dan makan hasilnya.
Saya telah gemburkan medium semaian yang saya dakwa tidak subur itu dengan peatgrow dan juga sedikit baja tahi ayam. Setelah digembur, saya taburkan biji benih kalian dengan agak sekata. Kemudian, saya taburkan lapisan nipis peatgrow dan siram agar medium semaian lembap. Saya dapati benih telah mula muncul pada hari ketiga selepas menyemai. Namun tak sempat membelek-belek lanjut. Sempat dijeling sahaja. Pagi tadi kelihatn terdapat sebilangan kecil telah mati kekeringan. Cepat-cepat saya siramkan mediumnya. Keadaan cuaca yang tidak hujan beberapa hari ini telah meninggalkan kesan pada kebanyakan tanaman saya. Harapnya saya tidak terleka untuk menyiram tanaman saya.
posted from Bloggeroid
Sama dgn pokok2 sayuq sya..dah lama x hujan ni..mmg kna kerap siram..semalam pun pokok kailan sya ada yang dah layu...
BalasPadamyela..sayur hijau gini kena banyak air tp xlah sampai banjir kan?
Padam