Sudah hampir dua minggu saya tidak “update” apa-apa mengenai tanaman tomato saya. Dua minggu lalu, saya telah tanam sepasu benih saya ke atas tanah. Manakala yang lain saya pindahkan ke tempat yang terkena cahaya matahari penuh. Selepas seminggu, saya lihat daun mula kekuningan dan perkembangannya agak terbantut. Saya kira mungkin kurang bekalan makanan walaupun disiram setiap hari. Saya pun letakkan baja untuk setiap pasu.
Eloklah daunnya sedikit bagi yang masih di dalam pasu. Yang sudah ditanam di atas tanah, tidaklah gugur satu-satunya daunnya. Namun begitu, pertumbuhannya masih perlahan. Dalam penafian, saya akui, mungkin cuaca yang agak panas sebelah pagi sedikit sebanyak menganggu pertumbuhannya.
Saya rasa pokok-pokok tomato saya merajuk. Tapi saya juga merajuk manja. Enggan alihkannya. Tapi kasihan pula. Kalau mati kesemuanya kemudian hari, sia-sia sahajalah usaha saya selama ini. Hujung minggu ini saya akan dapatkan pasu yang besar dan alihkan benih-benih ini ke kawasan yang redup tapi terima cahaya matahari pagi. Harapnya usaha saya ini untuk menjaganya sehingga boleh dituai hasilnya berkesudahan dengan baik. Insya Allah.
posted from Bloggeroid
Mungkin masanya ia menerima matahari penuh?
BalasPadamseperti yang saya telah nyatakan dalam catatan saya...benih ini memang telah diletakkan di bawah cahaya matahari penuh tetapi pertumbuhannya terbantut, jadi saya rasa benih-benih ini perlu diletkkan di tempat tebuh dengan cahaya matahari separa.
Padam