adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Ahad, 27 Januari 2013

Bendi bantut - 8 minggu


Bantut bendi saya ini. Bendi ini bukan dari spesies bantut tapi pembesarannya terbantut. Umurnya telah lapan minggu tetapi saiznya tidak berubah sejak enam minggu lalu. Dua minggu lalu saya telah pindahkannya ke dalam kawasan kebun sejemput saya. Minggu lalu saya bajainya dengan baja tahi ayam. Tiap hari sejak dipindahkan saya siramkannya kecuali kalau hari hujan. Pemkembangannya agak positif dengan pertumbuhan daun-daun baru. Kawasan kebun sejemput ini terima cahaya matahari penuh dari awal pagi sehingga lewat petang.

Cuba perhatikan gambar ini. Saya rasa ini kudup bunganya. Menurut ayah saya, pokok bendi ini dah sampai masanya untuk berbuah. Jadi ia tetap akan berbunga walaupun terbantut tumbesarannya. Saya tidak ada masalah sekiranya pokok ini benar-benar akan berbuah. Dapatlah saya merasa bendi tanam sendiri. Sedap dicicah sambal belacan atau budu. Dimasak asam pedas pun enak juga. Tak sabar menunggu saat itu.
posted from Bloggeroid

4 ulasan:

  1. Saya ada bendi bantut mcm ni. Dpt jugak hasil wpun x banyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. X byk pun x apa daripada x ada langsung kan? Lepas ni kenala belajar dr pengalaman yg ini supaya hasilnya lebih baik pd masa akan datang...

      Padam
  2. boleh jugak berbuah bila terbantut..namun buahnya nanti taklah selebat mana..sbb sy pun pernah alami dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul wanie..ada buah nanti...tapi lambat nak besar..buah pun halus je..kebun sy sekarang huru hara..byk yg bantut..yg kering dan pelbagai lg yang tak elok lah...tak sempat nak tgk dah

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...