Ha! Sampai tiga “update” tanaman hari ini. Maklumlah, hampir dua minggu tidak menulis sebarang catatan tentang tanaman saya. Inilah rupanya cambahan sawi yang dah berumur enam minggu. Kalau dilihat perbezaan antara catatan terakhir pada minggu keempat, ada sedikit perkembangannya. Cuma perkembangannya agak perlahan. Saya perlu kerapkan aktiviti membaja cambahan sawi ini sekurang-kurangnya setiap dua minggu. Ini untuk memastikan cambahan ini menerima nutrien yang secukupnya untuk terus berkembang. Sejak dipindahkan ke luar laman, cambahan ini nampak tidak teruk terjejas berbanding banih-benih tomato yang semakin merudum perkembangannya. Sekarang ini saya perlu kerapkan penyiraman serta penjagaan agar tidak diserang serangga yang dikhuatiri akan menyerang daun-daunya.
posted from Bloggeroid
He..tak lama lg bolehla mkn sawi tanam sendiri ni...:D
BalasPadamharapnya sempatla tuai semuanya sebelum diratah ulat hehe
Padamsawi ni sy suka tanam jenis dwarf..sbb cepat besar...maybe sbb die kecik montel gitu..yg lain jenis dengan sy mudah nak bantut
BalasPadamsy punya ni x pasti memang jenis bantut ke terbantut..lame benor nak menunggunya besar
Padam