
Sebagaimana janji saya terdahulu dengan En.H, saya bawakan dia sepasu kecil benih tomato. Benih-benih ini telahpun berusia lima minggu. Ini adalah kumpulan benih tomato yang paling subur berbanding benih-benih yang seusianya. Walaupun yang ini paling subur, tidak bermakna saya perlu simpan benih-benih ini untuk diri sendiri. Saya sudah berjanji untuk beri pasu yang ini. Sudah menjadi rezeki En. H untuk dapat benih-benih yang paling subur. Sehari dua yang lepas saya telah telah letakkan baja sedikit untuk bantu pokok kekalkan kesuburannya. Saya agak benih-benih ini sudah sampai masa untuk dipindahkan secara berasingan ke dalam pasu yang lebih besar.Asalnya saya tawarkan benih-benih ini kepada bos unit saya. Tetapi katanya tangannya ‘panas’. Semua yang ditanam tak menjadi. Jadi saya tawarkan benih ini kepada bos unit lain iaitu En. H yang agak rapat juga dengan saya. Dia terima tawaran saya. Sebenarnya saya masih berhutang benih rosselle dengannya. Nanti saya akan tunaikan janji saya yang satu itu.

posted from Bloggeroid
Salam wanie,
BalasPadamCantik pokok tomato wanie macam boleh buat jual je anak pokok tu. En.bos mesti suka dapat pokok tomato. :)
Hari ti bos x dtg kerja pula. Hari jumaat dia dtg saya pula cuti...minggu depan la baru dpt bertanya hehe
Padamsubur ni pokok tomato...sy punya lbh kurang usia masih ketot!
BalasPadamUmurnya sudah 5 minggu bukan 3 minggu..tersilap kira :)
Padam