adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Sabtu, 29 Disember 2012

Tomato kerdilku... - Minggu 6


Benih-benih tomato ini membesar dengan tidak sekata. Sepasu benih yang saya hadiahkan kepada En. H katanya dah dipindahkan ke empat pasu-pasu yang lain. Sihat sejahtera katanya.

Enam benih yang ini yang saya simpan untuk diri sendiri masih kecil. Lambat sungguh pembesarannya. Hasrat di hati nak pindahkan mereka ni ke tempat yang lebih banyak kena limpahan cahaya matahari tetapi tidaklah terlalu terik. Ini bagi mengelakkannya terus menjadi 'leggy' atau batang yang panjang akibat kurang penerimaan cahaya. Hasrat ini ditangguhkan kerana kani tiada di rumah selama seminggu. Takut-takut mati kekeringan pula.

Enam benih di dalam pasu merah jambu ini untuk dihadiahkan kepada kawan saya, I dan isterinya, L. Mereka berdua bukan sahaja rakan sepejabat tetapi juga tinggal dalam kejiranan yang sama. Tiap hujung minggu mereka akan 'jog' sekitar kejiranan. Jadi saya minta mereka singgah bila-bila berkelapangan untuk ambil benih ini.
posted from Bloggeroid

12 ulasan:

  1. salam wanie...tomato awk ni ok je sy tgk..yg sy punya betul dah bantut..dah lama semai duk besar tu je..tak membesar heheh..dah terlebih air agaknya kena hujan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam nadia. Saya rasa saya punya benih ni kurang nutrisi selain kurang cahaya matahari. Tapi belum ada masa nak pindahkan ke tempat panas sedikit sbb balik lama. Takut mati pula kalau tak perhatikan hari-hari..

      Padam
  2. Saya ada menonton satu video tentang tomato. Pekebun ini membiarkan pokok tomatonya menjalar dan bukannya memanjat. Dia mengatakan hasil buah tomato lebih memberangsangkan berbanding ia memanjat.

    Saya agak mungkin sudah tiba masanya pindah ke bekas yang lebih besar agar akar pokok tomato tak sempit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cadangnya memang nak biarkan tomato ni tumbuh secara alami tp masih belum sempat dipindahkan..

      Padam
  3. Balasan
    1. Salam hidayah. Terima kasih sudi singgah. Datangla lagi ye hehe

      Padam
  4. hai, sejuk tangan awk. menjadi nampak pojoj tomato tu, n selamat tahun baru utk awk

    BalasPadam
  5. Salam wanie...nanti dpt la mkn tomato tanam sendiri ni...:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah, harapnya dapat merasala hasil tomato ni

      Padam
  6. Memang nampak sihat sejahtera. Moga cepat dapat petik buah tomatonya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sihat..tapi semalam cek bawah daun da byk tompok putih adoila!

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...