adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Rabu, 26 Disember 2012

Kiriman Pembelian Benih Yang Pertama


Hari ini saya bercuti lagi sebab Ahmad masih belum sihat. Tapi, tengahari saya singgah di pejabat mengambil dokumen untuk kerja-kerja yang boleh dilakukan di rumah. Saya jenguk 'pigeon hole' saya dan mendapati kiriman benih yang saya beli dari Encik Iskandar telah sampai. Banyak juga saya beli. Ada 15 kesemuanya. Tamak betul. Inilah senarai benih-benih yang telah saya beli:
1. Bunga kobis green harmoni
2. Mulberi
3. Terung pendek
4. Labu manis fajar
5. Tembikai perdana
6. Bunga kosmos
7. Kailan f1
8. Capsicum merah
9. Bunga matahari
10. Marigold
11. Bunga esperanza
12. Lobak merah
13. Bunga telang
14. Betik kampung
15. Ketumbar
Encik Iskandar juga telah kongsikan benih sawi Christmas. Terima kasih!
Minggu ini tak dapat semai benih ini sebab saya sedang dalam perjalanan balik kampung selama seminggu. Sebelum bertolak tadi, sempat semai batang mulberi sahaja. Saya risau tunas yang sudah mula tumbuh mati kalau lambat semai. Harapnya menjadilah semaian mulberi saya.
posted from Bloggeroid

6 ulasan:

  1. Banyak benih wanie beli,happy gardening. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. harapnya tak terbazirla pembelian benih ni hehehe

      Padam
  2. Inshaa Allah moga menjadi benih2 semua tu...happy gardening!

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah menjadi..takut malas aje yang menjadi-jadi hehe

      Padam
  3. banyak benih tuh...rajin wani menanam yer..happy gardening

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang banyak..tapi tanah kebunnye sejemput aje hehe cita-cita aje tinggi hehe

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...