adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Khamis, 10 Oktober 2013

Buah Mulberi Mulai Meranum - Minggu 7



Minggu ini masuk minggu ketujuh umur pokok mulberi saya sejak disemai. Sekarang cuma tinggal lapan anak pokok sahaja. Tiga anak pokok lagi telah mati kekeringan di peringkat awal semaian kerana kekeringan. Alhamdulillah perkembangan anak-anak pokok yang tinggal agak baik. Cuma keadaan di dalam pasu agak sesak sedikit. Sebanarnya saya berhasart untuk memberikan lima dari anak pokok ini kepada rakan-rakan sepejabat. Namun dek kerana kekangan masa, saya masih belum berpeluang untuk mengalihkan anak-anak pokok ini. Bimbang pula anak pokok mati setelah dialihkan. Tambahan pula hujung minggu ini kami sekeluarga akan pulang ke kampung. Mungkin minggu depan akan diusahakan juga kerja mengalih anak pokok ini.


Sungguh mudah menjaga pokok mulberi ini. Hanya perlu disiram sekali sehari sejak disemai. Pokoknya memerlukan cahaya matarahi penuh sepanjang hari dan tahan cuaca panas. Setelah dialihkan pokok-pokok mulberi pasti pertumbuhannya menjadi lebih galak kerana kurang persaingan ruang untuk akar terus tumbuh. Lepas itu bolehlah kerap dipangkas agar rimbun dan menggalakkan pokok untuk menghasilkan lebih banyak buah.


Sudah agak lama anak pokok mulberi saya berputik buah. Dalam minggu ini kelihatan putik-putik buah sudah kelihatan mula berubah kemerahan. Saya sabarkan diri supaya tidak segera petik sehinggalah buahnya berubah warna hitam. Mujurlah putik-putik buahnya tidak dibaham semut-semut hitam. Setakat ini ada empat biji buah yang sedang ranum.

4 ulasan:

  1. bestnya dah berjaya hasilkan buah...nampak nya sy kena alih ke pasu ni mcm wanie...sebab tak besar2 pun pokok yg sy tanam...

    BalasPadam
  2. Cuba siram dengan campuran air beras dan ikan.

    BalasPadam
  3. Sya suka mulberi..pokok kt umh mak sya pun dah mula berbuah :-)

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...