adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Jumaat, 18 Oktober 2013

Rimba Sayuran Menghijau

Hari ini saya cuma mahu berkongsi gambar tanaman ayah saya yang subur menghijau. Cemburu betul saya dibuatnya. Sawi ayah saya galak berbunga. Manis apabila emak masak tumis dicampur dengan pecahan telur. Kangkung juga galak tumbuh. Emak saya masak pecal kangkung dan sekali-sekala digoreng sahaja atau dibuat rencah nasi goreng.  Ulaman seperti pudina, pegaga dan kesum menjadi tanaman sungkupan. Cili pula jenuh dikutip sampai dibiarkan masak atas pokok saja. Kobis masih banyak walaupun telah berkali dikutip. Kailan pun banyak juga tapi saya rasa agak pahit kailan ini. Selasih Thai pula tumbuh subur dengan daun yang gemuk-gemuk. Tanaman baru yang ada di batas ini adalah lobak merah, daun sup dan sawi putih. Tengok-tengoklah gambar yang ada buat cuci mata penggilap motivasi. Nak harapkan kebun sendiri tinggal lalang saja yang tumbuh. Keluar rumah hari masih gelap. Sampai rumah hari dahpun gelap. Bilalah agaknya ada masa nak berkebun kembali.













15 ulasan:

  1. Suka tgk kobis tuh....cantik...mcm roses dah.....:)

    BalasPadam
  2. {Pakai Baja apa ya? Kompos buatan sendiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayah saya gaulkan tinja kambing dan soil conditioner kepada tanah sebelum alih benih ke batas.

      Padam
  3. Balasan
    1. ya kak mar. saya pun cemburu dengan ayah saya.

      Padam
  4. wahh.. mhijau.. bestnya.. segar dr kebun.. hmm.. merimbun selasih tu.. ketumbar pun ada..

    BalasPadam
  5. subhanallah...menjadi tanaman awk ni wanie...walaupun kebun sejemput...penuh dengan sayur...kobis tu comel-comel!

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf nadia. ini tanaman ayah saya bukan saya... saya punya ntah bila dpaat jadi macam ni hehe

      Padam
  6. Sungguh menakjubkan Rimba Hijau ni.. i like..

    BalasPadam
  7. wani.. upload la picture backyard rumah wani.. nak tengok kebun milik wani terbaru..

    BalasPadam
  8. bestnya.. menghijau.. hasil berbudi pada tanah..

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...