adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Isnin, 7 Oktober 2013

Menikmati Pemandangan Sungai Melaka Pada Waktu Malam

Sudah seminggu berlalu tapi masih belum habis bercerita tentang percutian hujung minggu di Melaka minggu sudah. Saya minta maaf pada yang jemu mengikutinya tetapi terima kasih kepada yang masih sudi baca sampai habis. Minggu ini agak sibuk. Terima kasih diucapkan kepada beberapa rakan yang sudi tinggalkan ulasan pada beberapa catatan saya. Saya minta maaf masih belum punya masa lebih untuk balas ulasan. Saya ada juga baca catatan rakan-rakan di blog masing-masing tapi agak sibuk untuk tinggalkan ulasan. Saya juga minta maaf kerana sejak akhir-akhir ini tiada catatan tentang kebun. Kebun juga sudah tidak terurus. Hasil pun adalah sedikit. Walau bagaimanapun, ini adalah sambungan cerita percutian hujung minggu kami.


Selepas seronok melayan anak-anak bermain layang-layang di Pantai Klebang, kami bergerak ke Bandaraya Melaka semula untuk menikmatai pemandangan malam Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise. Kami sudah biasa menaiki perkhidmatan cruise ini pada waktu siang, sekarang kami inigin menikmatinya pemandangan pada waktu malam pula. Bagi yang belum pernah menaiki cruise ini, saya cadangkan jangan terlepas menikmatinya kerana berbaloi menikmati pemandangan Sungai Melaka dengan cruise sama ada waktu siang atau malam. Agak ramai pengunjung pada malam itu kerana beberapa kumpulan pelajar turut bersama beratur. Sedang saya beratur dengan mendukung anak kecil saya, tanpa disedari ada sekumpulan manusai yang tidak beradab telah memotong barisan betul-betul di hadapan saya tanpa saya sedari. Marah betul saya tapi jika diteruskan kemarahan saya itu membuang tenaga saja.


Apapun, pemandangan sepanjang Sungai Melaka pada waktu malam sungguh menarik. Bahagian belakang bangunan yang dicat putih turut dihisasi dengan lukisan graffiti. Lukisan graffiti yang dilukiskan memaparkan kebudayaan rakyat Melaka. Lukisna tersebut dilukiskan di bahagian belakang rumah-rumah kedai lama. Terdapat juga bahagian rumah-rumah kedai yang diubahsuai menjadi cafĂ© butik hotel. Kita boleh melihat sekumpulan pelancong menikmati hidangan makan malam mereka dengan penuh bergaya di tebingan sungai. 


Di bahagian tengah perjalanan, ada sebuah taman hiburan yang dibangunkan. Agak menarik bagi yang berminat untuk meluangkan masa bermain permainan yang disediakan.


Di bahagian hujung perjalanan pula, terdapat sebuah perkampungan lama iaitu Kampung Morten. Kampung ini dipenuhi dengan rumah-rumah kampung dengan gaya senibina rumah Melayu lama yang maish dikekalkan ciri-cirinya dengan pengubahsuaian yang sangat minima. Kampung ini dilimpahi dengan cahaya lampu kalimatang yang menonjolkan ciri-ciri senibinanya khususnya kecantikan ukiran kayu dan bentuk bumbungnya.


Perjalanan cruise kami tamat agak lewat kerana beratur menunggu hingga sampai giliran memasuki bot agak lama. Rancangannya kami hendak menikmatai makan malam di Umbai, namun anak-anak tidur sebaik masuk ke dalam kereta kerana kepenatan. Maka kami menikmati makan malam kami di sebuah restoran asam peda di sekitar kawasan laksamana. Nama restoran tersbeut adalah Restoran Asam Pedas Claypot. Kedainya agak besar dengan begitu ramai pengunjung namun perkhidmatannya sangat cepat. Pelbagai jenis ikan disediakan untuk asam pedas. Kepada sesiapa yang ingin mencuba sama pedas claypot, bolehlah ke restoran ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...