adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Selasa, 1 Januari 2013

Antara Harapan dan Azam Tahun Baru 2013

"The time is always right to do the right thing"
Martin Luther King

Selamat Tahun Baru 2013! Pasti semua orang ada azam untuk dilaksankan tahun ini. Saya biasanya tiada azam tahun baru kerana pada saya azam untuk kebaikan diri sendiri tidak perlu tunggu tahun baru untuk dibuat. Ia boleh dicipta pada bila-bila masa kita mahukan. Pagi tadi dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), Dato' Dr. Fadhillah Kamsah telah kongsikan tips-tips untuk menjaykan azam tahun baru kita. Saya kongsikan dengan rakan-rakan semua.
Pertama - jadikan azam itu sebagai perkara yang boleh diukur. Contohnya, azam untuk menjadi isteri yang baik sahaja tidak boleh diukur. Jadikan azam itu boleh diukur dengan menjadikannya "azam saya untuk tahun ini adalah untuk menjadi isteri yang sentiasa memberi senyuman manis kepada suami saya setiap pagi". Jadi, kalau ada satu hari saya gagal untuk memberi senyuman maka tercalarla rekod azam tahun 2013 saya.
Kedua - satu azam hendaklah sesuatu yang mampu mencabar keupayaan diri semasa. Contohnya, jika selama ini kita hanya menyimpan RM10 sebulan, naikkan cabaran kepada menyimpan sebanyak RM100 sebulan. Jika hanya sekadar menukar kepada RM20 sahaja sebulan, ini kurang cabaran kepada diri kita dan azam ini boleh dianggap sebagai azam biasa-biasa sahaja.
Ketiga - amalkan azam sekurang-kurang 40 hari. Contohnya, jika kita berazam untuk bangun pada jam 6 setiap pagi, maka amalkan selama 40 hari waima pada hujung minggu sekalipun. InsyaAllah, azam kita menjadi tabiat yang baik.
Keempat - jadikan azam kita sesuatu yang boleh digambarkan hasilnya. Contohnya, kalau azam kita untuk menurunkan berat badan, jadikan azam kita berbunyi begini "azam saya adalah untuk turunkan berat badan sehingga 50kg dan ramping seperti Ziana Zain!". Bukankah lebih menarik!
Menurutnya juga, azam adalah satu kaedah kita berdoa untuk mendapatkan sesuatu dan membantu kita menjadi fokus.
Itu saja yang dapat saya kongsikan. Tahun baru tidak menjanjikan sesuatu yang lebih baik. Tetapi kita menjadikan sesuatu yang buruk sebagai peluang untuk menjadikannya baik dan sesuatu yang baik sebagai rezeki untuk kita bersyukur...
posted from Bloggeroid

4 ulasan:

  1. Selamat tahun baru utk wanie sekeluarga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat tahun baru utk ummu juga...semoga tanaman tahun ini lebih berhasil...

      Padam
  2. selamat tahun baru wanie n family...
    betul-betul sokong ckp Dato' tu..yg ketiga sangat mencabar diri..tp lepas dah byk hari dah menjadi kebiasaan..:D
    yang pertama kena ltk "pengukur" la kan baru boleh measure how far kita berjaya menjadi terbaik...:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat tahun baru nadia and family..semua boleh menjadi kalau keazaman juga tinggi, kalau hangat-hangat taik ayam x jadi juga hehehe

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...