adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Jumaat, 16 Ogos 2013

Cabaran Yang Disyukuri


Semalam adalah hari pertama say bekerja setelah bercuti panjang selama 107 hari! Lamanya bercuti?! Memang lama sampaikan rasa dah tepu duduk di rumah 24 jam. Tapi seronok juga jadi surirumah. Seminggu sebelum mula kembali bertugas, saya berkira-kira bagaimana saya hendak mengurus masa terutama pada awal pagi untuk menguruskan tiga orang anak. Urusan yang perlu diuruskan termasuklah memandikan sehingga rambut masing-masing rapi disikat, masing-masing perlu dipastikan telah kenyang susu sebelum keluar rumah, beg kelengkapan masing-masing telah lengkap untuk sepanjang hari di taska. Selain dari itu, baju kerja suami isteri perlu disempurnakan, susu ibu perlu dipam pagi-pagi untuk stok, susu perahan terdahulu perlu disediakan untuk bekal Alif dan macam-macam lagilah. Kalau disenaraikan perkara yang perlu diselesaikan setiap pagi, seolah-olah separuh dari tenaga telahpun habis. Nak dijadikan cerita, suami saya perlu bertugas keluar daerah selama tiga hari bermula pada hari pertama saya kembali berkerja. Lagilah pening kepala saya.

Maka bermulalah cabaran saya menguruskan anak-anak tanpa kehadiran suami. Asalnya agak tertekan kerana pelru menanggung semua seorang diri. Tapi setelah bermuhasabah, saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Tatkala saya penat kerana sibuk dengan anak-anak, ada orang lain masih menunggu hari supaya ditemukan jodoh atau dikurniakan anak. Saya bersyukur punya suami yang menjadi orang kepercayaan ketua jabatannya untuk memikul tanggungjawab bertugas diluar daerah. Tatkala saya rimas dengan riuh rendah anak menangis bergaduh sama sendiri, saya bersyukur anak-anak saya bebas dan sihat sejahtera bermain. Bila saya bersyukur, mendepani cabaran dengan hati terbuka, secara automatik tahap kesabaran yang tidak berpenghujung dikurniakan oleh Allah. Alhamdulillah.

posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah... selamat menjalani hari2 mendatang dgn semangat dan ketabahan yg kental... selamat hari raya maaf zahir batin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Ibu pagi-pagi jadi ibu mithali la... dah malam boleh jadi hulk hehe

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...