adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Jumaat, 16 Ogos 2013

Resepi Seperiuk : Nasi Ayam Halia


Antara dugaan yang datang menyelit semasa ketiadaan suami semalam adalah kepala hos gas bocor. Maka, tak dapatlah saya masak makan malam. Hari ini baru dapat ke pasaraya untuk mendapatkan kepala hos yang baru. Sebelum jemput anak-anak dari taska, suami saya cadangkan supaya saya buah tempahan makanan panas dari restoran berhampiran rumah. Nanti datang ambil dan bayar saja. Tak perlu tunggu lagi. Balik rumah boleh terus makan malam. Tapi sayang, kedainya tutup pula. Suami cadangkan pergi ke kedai lain. Saya bagitau suami saya malas nak pusing-pusing lagi cari kedai yang buka dengan anak-anak menunggu dalam kereta. Saya putuskan saya akan memasak guna ‘electric rice cooker’ saja. Jadi inilah hasilnya. Nasi Ayam Halia! Mudah saja nak sediakan. Memasak dengan menggunakan hanya SATU periuk sahaja! Ini resepinya..
Perapan Ayam:
4 ketul ayam dipotong sederhana – dibuang lemak

Seinci halia ditumbuk hampir lumat
Satu sudu besar sos tiram
Satu sudu besar cuka makan
Garam dan lada sulah

Persediaan Nasi:
Beras secukupnya untuk 2 orang makan
Satu sudu besar sos tiram
Seinci halia dihiris nipis
2 ulas bawang putih diketuk
Garam dan lada sulah
Air secukupnya mengikut sukatan beras – seeloknya dilebihkan sedikit dalam setengah sukatan.

Bahan lain:
Hirisan daun bawang

Cara Penyediaan:
Perapkan semua bahan perapan ayam selama lebih kurang 30 minit. Untuk nasi pula, campurkan semua bahan sehingga sebati di dalam periuk nasi. Setelah sebati, aturkan isi ayam di bahagian atas nasi. Masak nasi sehingga air kering.  Tutup suis dan gaulkan dengan hirisan bawang. Hidangkan.


Saya suka nasi saya ada sayur-sayuran. Jadi, semasa menuai daun bawang di kebun, saya tuai sekali anak-anak sawi bok choy dan pucuk selasih thai. Kesemua sayuran di masukkan ketika air nasi hampir kering. Saya biarkan kepanasan nasi memasak sayuran saya sedikit layu. Sedap hidangan ini dan mudah serta ringkas. Tak sampai 30 minit, saya dan anak-anak dah menikmati makan malam. Sementara nasi masak, saya boleh mandikan anak-anak dan menyusukan Alif.

posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. menarik resepi ni, sy pun nak cuba gak la guna mv

    BalasPadam
    Balasan
    1. MV tu apa ya? cublah.. kalau waktu malas nak memasak beria pun boleh. Saya rasa hidangan ini agak sihat juga kerana tiada minyak namun mungkin cuma mungkin kurangkan penggunaan garam sebab sos tiram tu pun dah ada kandungan garamnya sendiri.

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...