Rancangannya nak turun ke kebun sejemput sejurus selepas Subuh untuk memotong lalang dan rumpai yang mula meninggi di kebun. Namun begitu, pelaksanaannya agak lewat memandangkan hujan renyai turun. Anak-anak pula bangun awal. Jadi, saya mula ke kebun hanya setelah anak-anak mandi dan sarapan kira-kira jam 9 pagi. Sewaktu memotong lalang, saya dapati bunga-bunga rumpai cantik sungguh dipandang dilimpahi sinaran matahari pagi. Saya pun ambil beberapa gambar sewaktu berhenti rehat seketika. Inilah kecantikan yang dipandang serong kerana kehadirannya merebut nutrien dari tanaman kebun. Namun begitu, setiap ciptaan Allah sudah tentu ada gunanya cuma kita yang tak tahu. Yang pasti saya dapati banyak juga serangga kecil yang terbang menghinggapi bunga-bunga ini termasuklah rama-rama. Meriah kebun saya dengan kehadiran serangga kecil yang pelbagai rupa.
posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan