adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Khamis, 15 Ogos 2013

Tanaman Ayah Saya #1



Kira-kira sebulan yang lalu, saya ada menceritakan tentang tanaman ayah saya di tepi rumah melalui catatan ini. Setelah sebulan kemudian, jelaslah kelihatan “kalian” ayah saya sebenarnya kobis yang kini subur. Gambar-gambar ini diambil dua hari sebelum 1 Syawal. Kobisnya kelihatan sangat subur dan menyelerakan walaupun belum membentuk jantung. Kalau kambing tengok ni mesti meleleh air liur.

Ayah saya juga telah alihkan beberapa pokok cili di antara kobis-kobisnya. Pokok-pokok cilinya sudah berbuah dengan lebat. Di antara kobis-kobisnya juga ayah saya tanah kesum, pudina, selasih Thai dan pegaga.  Di bahagian hujung sekali ayah saya tanam kangkung. Ayah saya telah gaulkan tinja kambing dan sebatian peatgrow pada batas ini. Setiap pagi ayah akan siram tanamannya. 


Di belakang dapur, kelihatan ada tiga pasu semaian dengan anak benih baru. Katanya dia baru menyemai kalian, sawi dan saderi. Terlupa pula nak ambil gambar semaian yang saya rasa mungkin berumur kurang seminggu kerana daun sebenar belum muncul. Kelmarin ayah saya telah pindahkan semaian-semaiannya ke batas tepi rumah. Tak sempat nak jenguk sebelum kembali ke Putraya. Harap saya tidak terlupa menjenguk tatkala pulang ke kampung minggu hadapan. Teruja melihat perkembangan tanaman ayah saya. 
posted from Bloggeroid

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...