adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Khamis, 15 Ogos 2013

Tomato Meriah Berbuah Hijau - Minggu 10


Sepanjang hampir dua minggu bercuti di kampung, kepala asyik teringat pada segugus tomato ceri dan tomato bulat di kebun sejemput. Ingatkan sudah mulai ranum dalam tempoh dua minggu, rupanya masih hijau. Namun begitu, apa yang membuatkan saya bertambah teruja adalah putik tomatonya makin bertambah. Sekarang ada lebih kurang sedozen tomato ceri dan setengah dozen tomato bulat. Itupun ada juga kelihatan beberapa kuntum bunga luruh kerana tidak didebungakan. Maklumlah, tiada yang tinggal di rumah untuk ‘menggoyang’ pokok tomato saya. Sejak tiba di Putrajaya kelmarin, saya lihat banyak rama-rama dan beberapa serangga terbang yang terbang di sekitar kawasan kebun sejemput. Selasih Thai saya mulai berbunga. Sepertimana yang dikatakan dalam blog tanamsendiri.com, bunga selasih mampu menarik serangga kecil yang terbang seperti kelulut atau rama-rama yang membantu pendebungaan. Mungkin mereka membantu mendebungakan bunga-bunga tomato saya. Kudup-kudup bunga baru juga masih ada yang mulai muncul menjanjikan buah tomato lagi. Alhamdulillah pokok-pokok tomato masih teguh walaupun ada sedikit tanda kekeringan. Melalui laporan kajicuaca, Putrajaya kerap juga hujan dalam tempoh dua minggu lalu. Cuma hujannya tidak setiap hari. Mujurlah hujan sedikit daripada kemarau terus. Saya merancang hendak membaja hujung minggu ini dan membuat ‘housekeeping’ sedikit di kawasan kebun. Lalang dan bunga rumpai sudah mula menular pertumbuhannya.

posted from Bloggeroid

3 ulasan:

  1. Dah tuai ke tomato ni? Comel2 nampaknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum tuai. Mugkin minggu ini tuai sebab dah mula ranum.

      Padam
  2. ini tomato ceri saya.. http://floracintamu.blogspot.my/2015/10/tomato-ceri.html

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...