adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Khamis, 22 Ogos 2013

Tomato Ceri Mula Ranum - Minggu 11


Tomato ceri saya telahpun berumur 11 minggu bermula dari tarikh ianya disemai. Kelmarin telah kelihatan buahnya sudah mula bertukar warna jingga. Ini gambar pada hari Selasa lepas. Semalam telah hampir kemerahan. Mungkin hari ini atau esok mula ranum. Kecur air liur melihat warnanya yang menyerlah. Buah tomato ceri yang dua biji ini adalah yang pertama untuk pusingan ini dan telah mula berputik pada minggu ketujuh. Nampakanya ia mengambil masa kira-kira hampir 4 minggu untuk ranum. Saya baja pokok tomato ceri ini dua minggu sekali dan sejak ia mula berputik, baja foliar disembur hampir selang sehari. Tak sabar nak merasa hasil tomato tanam sendiri ini. Harap buahnya manis. Saya bercadang untuk tuai hari ini bersama sedikit serai dan daun selasih. Cadangnya nak buah bahan sebagai cicahan kuah asam jawa untuk digandingkan dengan ikan siakap bakar bersambal berulamkan daun selasih. Makan dengan nasi panas memang menaikkan selera.


posted from Bloggeroid

6 ulasan:

  1. Dear Wanie, maybe today can eat already? Yet another success story! I am so amazed by your effort as well as your dad's effort. Keep up the good job and happy gardening vegetables! Stephanie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Deat steph, as per today the cherries are still attached to the tree. I am going to wait for them to become bright red to the max... can't wait to savor the sweetnes!

      Padam
  2. cantik tomato ceri wanie nie kalau dah masak lagi elok kalernyar..sy nyer tomato ceri selalu tak menjadi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah ummu... tiap hari menahan sabar supaya tak petik cepat2... nak tunggu merah menyala sebab nak rasa kemanisan buah ranum hehe

      Padam
  3. Balasan
    1. rasa macam terliur tengok tomato ceri merah menyala..

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...