Selepas dua minggu ditinggalkan, pokok labu fajar manis ini sudah galak menjalar dengan panjang menghampiri kira-kira 4 kaki. Semalam sekuntum bunga jantan dah mekar. Hari ini, dua lagi mekar. Namun bunga betina masih belum muuncul untuk didebungakan. Agak-agak, wajar atau tidak saya simpan bunga jantan ini di dalam peti sehingga bunga betina muncul atau tunggu dulu dan simpan yang kemudian. Saya bimbang kalau simpan terlalu lama tak menjadi pula apabila didebungakan. Saya bercadang untuk debungakan maksimum empat sahaja bunga betina. Tujuannya supaya semua nutrient tertumpu kepada 4 biji buah labu sahaja. Lagipun kalau terlalu banyak tidak termakan pula. Jika diagihkan pun takut tak teragih banyaknya. Walau bagaimanapun, rezeki Allah saya tidak menolak sama sekali.
posted from Bloggeroid
Hello Wanie,
BalasPadamHope the female flower will show up really soon.
Btw, do you know that squash blossoms are edible? See recipe below...
http://madebymichellec.wordpress.com/2010/07/12/fried-squash-blossoms/
You have a great day!
Cheers,
Stephanie
hi Stephanie, yeah.. i was googling for deep fried squash blossom just now. btw, thanks for dropping by and for the link as well. however, couldn't try the recipe tonight since something went wrong with my stove :-(
PadamAmbil masa sikit bunga betina nak keluar...
BalasPadamya, saya pun ada terbaca begitu tapi harapnya tak lama sebab tak sabar tunggu hasil hehe
Padam