adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Khamis, 29 Ogos 2013

Cili Mula Berputik – Minggu 12

Benih cili ini disemai secara tidak sengaja. Hanya dua pokok saja yang bertahan sampai sekarang. Yang lain mati kekeringan. Dua pokok ini hidup di atas batas bersama sepokok selasih Thai yang sedang galak berbunga. Benarlah menurut Encik Iskandar dalam catatan blognya bertajuk Bunga Basil Menarik Serangga Pendebunga, serangga yang terbang seperti kelulut mampu meningkatkan kadar kejayaan bunga tanaman untuk berputik. Sebelum ini, agak susah untuk bunga cili untuk berputik akhirnya. Nampaknya usaha saya menanam cili Kulai ini dengan selasih Thai sudah menunjukkan hasil. Walaupun pokok cili ini hanya setinggi kira-kira sekaki, nampaknya boleh tahan juga hasil putik-putik cili pertama terbentuk. Lepas ini kenalah semai lebih banyak cili Kulai untuk bekalan bahan masakan. Barulah berbaloi usaha bertanam sendiri.

1 ulasan:

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...